ARKIB : 24/06/2008
Oleh SAYED HESHAM IDRIS
WALAUPUN Marlon Alex James akan
kembali Jumaat ini namun pemain ini tidak akan diturunkan supaya dia boleh
berehat.
KUALA LUMPUR Kejayaan
mengekalkan Piala FA Sabtu lalu menjelmakan motivasi tinggi pemain Kedah dalam
meneruskan kecemerlangan pada kempen bola sepak Piala Malaysia apabila
menentang Pulau Pinang dalam aksi Kumpulan B di tempat lawan hari ini.
Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai
Khor berkata, semangat para pemain begitu tinggi selepas menumpaskan Selangor
3-2 di perlawanan akhir Piala FA tempoh hari namun mengakui misi Kedah
mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia lebih getir.
Katanya, sasaran mempertahankan
piala ketiga itu sama sekali tidak dipandang remeh sekalipun berjaya
mempertahankan Piala FA dan Piala Liga.
Katanya, sedikit merisaukan ialah
sebahagian besar pemain keletihan selepas mengharungi tiga perlawanan
kompetitif dalam tempoh seminggu.
Dua perlawanan separuh akhir
dan perlawanan akhir Piala FA yang kami harungi menyebabkan pemain terlalu
letih.
Selepas final Sabtu lalu,
baru hari ini (semalam) kami dapat berkumpul, untuk melihat tahap kecergasan,
persediaan dan kecederaan pemain menjelang pertemuan dengan Pulau Pinang esok
(hari ini).
Namun saya yakin walaupun
keletihan, semangat para pemain cukup tinggi untuk meneruskan kecemerlangan.
Mengenai peluang mempertahankan Piala Malaysia, ia masih jauh cuma kami akan
mengutip mata sebanyak mungkin pada saingan peringkat kumpulan bagi memastikan
kami layak ke peringkat seterusnya, katanya.
Kedah seri 1-1 dengan Polis
pada perlawanan pertama kumpulan.
Mengenai khidmat dua pemain
Kelab St. Vincent & Grenadine, Bernard Hugging dan Marlon Alex James yang
terpaksa beraksi untuk skuad negara mereka, Azraai berkata, mereka akan kembali
Jumaat ini.
Menurutnya, kehadiran kedua-dua
pemain terbabit dijangka menambah sengat Kedah yang menurunkan hampir semua
pemain tempatan ketika menjulang Piala FA tempoh hari.
Walaupun mereka akan pulang
Jumaat ini tetapi tidak bermakna mereka akan terus beraksi kerana mereka juga
perlukan rehat.
Khidmat mereka tetap
diperlukan walaupun barisan pemain anak tempatan telah membuktikan keupayaan
mereka.
Dua import kami akan
diturunkan terutama dalam perlawanan yang menuntut percaturan taktikal, juga
sebagai sebahagian daripada sistem rutin menurunkan pemain, katanya
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zccOMbLt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan