Sabtu, 18 November 2017

Kedah kembali catat kemenangan



ARKIB : 16/03/2008

KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Super, Kedah kembali mencatat kemenangan selepas menewaskan UPB-MyTeam 2-0 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Kejayaan pasukan bimbingan Azrai Khor Abdullah itu membolehkan mereka kini mengumpul 41 mata daripada 17 perlawanan untuk terus menerajui liga.

Fadzly Baharom (m-40) membuka jaringan buat pasukan pelawat sebelum Marlon Alex James (m-47) menggandakan jaringan di babak kedua.

Selangor pula terus mengekori Kedah di tangga kedua liga dengan 39 mata hasil kemenangan dramatik 4-3 ke atas Pahang pada perlawanan ke-17 mereka musim ini di Stadium Shah Alam.

Pasukan tuan rumah bagaimanapun ketinggalan 0-2 di babak pertama sebelum bangkit dengan menjaringkan empat gol di babak kedua.

MenewaskanGol-gol Selangor dijaringkan Safee Sali (m-61), Frank Seator (m-79, 88) dan Akmal Rizal Rakhli (m-90) manakala gol pasukan pelawat dijaringkan Hairuddin Omar (m-43, 90) dan Rosdi Talib (m-45).

Perak juga kekal di tangga ketiga liga selepas menewaskan Pulau Pinang 3-1 di Stadium Perak, Ipoh.

Carlos Caceres mencipta hatrik pada minit ke-4, 33 dan 45 sebelum M. Prakash menjaringkan gol lewat buat Pulau Pinang pada minit ke-77.

Pasukan yang mencatat kemenangan terbesar semalam ialah Negeri Sembilan Naza yang membelasah Sarawak 4-0 di Stadium Tuanku Abd. Rahman, Paroi.

Kemenangan selesa itu membolehkan NS Naza melonjak ke tangga keempat liga dengan memintas Terengganu dan Johor FC.

Gol-gol pasukan tuan rumah dijaringkan K. Thanaraj (m-9), Marian Juhas (m-39), Mohd. Zaquan Adha Razak (m-56) dan S.Kunalan (m-90).

Terengganu yang mempunyai 33 mata sama dengan NS Naza tetapi dibezakan dengan jumlah jaringan gol turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Polis Diraja Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Mohd. Nor Farhan Mohamad (m-14) dan Mohd. Ashaari Shamsudin (m-74) muncul penjaring gol buat Terengganu.

Satu lagi perlawanan di Stadium Hassanal Bolkiah menyaksikan Brunei DPMM hanya mampu seri 0-0 dengan Perlis.

KEPUTUSAN

Perak 3 P. PINANG 1

UPB-MYTEAM 0 KEDAH 2

TERNNGGANU 2 PDRM 2

SELANGOR 4 PAHANG 3

NS NAZA 4 SARAWAK 0

BRUNEI DPMM 0 PERLIS 0

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ypToEdBP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan