Jumaat, 17 November 2017

Kedah masih sukar digugat



ARKIB : 24/02/2008

KUALA LUMPUR - Kedudukan Kedah selaku pendahulu Liga Super begitu sukar untuk digugat apabila pasukan itu terus mencatat kemenangan dengan menewaskan Sarawak, semalam.

Pada perlawanan di Stadium Sarawak itu, Kedah menang 2-1 dengan Marlon Alex James menyumbang kedua-dua gol buat pasukan pelawat itu pada minit ke-15 dan 27.

Manakala gol tunggal Sarawak dijaringkan pemain gantian, Mohd. Khalid Hamled pada minit ke-76.

Dengan kemenangan itu, Kedah masih kekal dua mata di depan Selangor yang turut mencatat kemenangan, semalam.

Selangor terus mengekori rapat dengan 32 mata hasil kemenangan 2-1 ke atas Brunei DPMM di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Indra Putra Mahayuddin membuka jaringan seawal minit ke-2 buat Selangor sebelum Mohd. Subhi Abdullah menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.

Mohd. Razman Roslan muncul wira Selangor apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68.

Perak pula melonjak ke tangga ketiga liga hasil kemenangan besar 5-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Perak, Ipoh.

Khalid Jamlus (m-63, 86) dan Carlos Caceres (m-38, 88) masing-masing menyumbat dua gol buat tuan rumah.

Satu lagi gol menerusi ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar (m-33). PDRM pula memperoleh gol saguhati menerusi Budi Sudarsono (m-31)

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4yhgKALyH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan