ARKIB : 12/06/2008
Penyerang Johor FC, Walter
Ariel Silva (kiri) diasak oleh pemain pertahanan Kuala Lumpur pada perlawanan
Piala Malaysia di Stadium JCORP, Pasir Gudang semalam.
KUALA LUMPUR - Juara bertahan,
Kedah memulakan kempen Piala Malaysia dengan agak hambar apabila hanya sekadar
mampu seri 1-1 dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Kumpulan B di
Stadium Darul Aman, semalam.
Bermain tanpa ketiga-tiga
pemain importnya, Marlon Alex James, Nelson San Martin dan Benard Hugging,
Kedah ternyata tidak cukup garang untuk menjinakkan lawan mereka.
Dengan mengharapkan kepada
penyerang muda tempatan seperti Badrul Bakhtiar dan Shafiq Jamal dan Khyril
Muhymeen, pasukan tuan rumah jelas sukar mencari jaringan.
Bagaimanapun mereka bernasib
baik apabila lebih dulu di depan menerusi tandukan Shafiq yang menyambut
hantaran lintang Badrul pada minit ke-17.
Tetapi PDRM hanya memerlukan
masa tujuh minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan menerusi Norfarhan
Mohd. yang menampan hantaran lintang Michael Barasa.
Satu lagi perlawanan tumpuan
dalam Kumpulan A antara Terengganu dan Selangor di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah juga berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Selangor lebih dulu membuka
jaringan menerusi pemain importnya, Evan Chisulo (m-10) sebelum Terengganu
menyamakan kedudukan menerusi Emmanuel Ispanul (m-58).
Naib juara Liga Super, Negeri
Sembilan pula menang tipis 1-0 ke atas Melaka dalam perlawanan Kumpulan A di
Stadium Hang Jebat.
Penyerang kebangsaan, Mohd.
Zaquan Adha Razak menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-88.
Perak yang beraksi di tempat
sendiri di Stadium Perak yang hampir kosong pula turut seri 1-1 dengan Perlis.
Biar pun berjaya mendahului
seawal minit ke-3 menerusi Carlos Caceres tetapi Philimon Chipeta meranapkan
peluang Perak untuk meraih tiga mata dengan menyamakan kedudukan pada minit
ke-56.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zaR4Pedz
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan