ARKIB : 02/03/2008
Rekod Kedah tercalar
PENYERANG Perak, Khalid Jamlus
(tiga dari kiri) melompat mendapatkan bola sambil diasak dua pemain Perlis
dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi. – Gambar HANAFI KHAMIS.
KUALA LUMPUR – Deretan
kemenangan yang dicatat pendahulu Liga Super, Kedah akhirnya menemui titik
noktah apabila diikat Negeri Sembilan Naza 1-1 pada perlawanan di Stadium
Tuanku Abd. Rahman Paroi, semalam.
Walaupun mendahului tuan rumah
menerusi jaringan Marlon Alex James pada minit ke-65, Kedah terpaksa akur
dengan jaringan penyamaan Negeri Sembilan menerusi Lamin Conteh di masa
kecederaan.
Keputusan itu sekali gus
menamatkan rekod sembilan kemenangan berturut-turut Kedah yang tidak pernah
kalah atau seri sejak 1 Januari lalu.
Kali terakhir Kedah gagal
mencatat kemenangan ialah ketika tewas 0-2 kepada Brunei di tempat lawan.
Kedah bagaimanapun masih kekal
sebagai pendahulu liga dengan 38 mata tetapi Perak semakin menghampiri dengan
34 mata selepas menang 2-0 ke atas Perlis di Stadium Perak.
Dua gol dalam setiap babak
menerusi Carlos Caceres (m-27) dan Khalid Jamlus (m-66) cukup untuk melonjakkan
Perak ke tangga kedua liga dengan memintas Selangor.
Selangor bermain agak lewat
malam tadi ketika menentang Terengganu berikutan lampu limpah di Stadium Shah
Alam mengalami kerosakan.
Begitu pun perlawanan
berkesudahan seri tanpa jaringan sekali gus menyaksikan terSelangor paksa
menghuni tangga ketiga liga.
Pasukan yang mencatat
kemenangan paling selesa semalam ialah Johor FC yang membelasah Pulau Pinang
4-0 di Stadium Pasir Gudang.
Gol-gol Johor FC dijaringkan
Eddy Helmy (m-2), Walter Ariel Silva (m-12), Mohd. Riduwan Maon (m-67) dan
Mohammad Ezaidy Mohd. Khadar (m-86).
Pahang turut mencipta
kemenangan dengan menewaskan UPB-MyTeam 2-0 pada perlawanan di Stadium Petaling
Jaya.
Dua gol dalam masa tiga minit
hasil jaringan R. Surendran (m-80) dan Hairuddin Omar (m-83) membolehkan Pahang
meraih tiga mata berharga.
Brunei DPMM pula gagal
menggunakan kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila hanya mampu seri 2-2
dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri
Begawan.
PDRM selesa mendahului 2-0
hasil jaringan Nanthakumar (m-6) dan Hillary Echesa (m-17) sebelum Brunei
bangkit dengan dua gol Sharazin Said (m-24) dan Didier Belibi (m-76).
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ykY5yeyp
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan