Rabu, 29 November 2017

Kedah, Selangor cerah ke akhir


 

ARKIB : 14/08/2008
Pemain Kedah, V. Thirumurugan (kiri) menghalang pemain Terengganu, Md. Shahrul Ezrain dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, semalam.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Kedah mencerahkan peluang ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas membenamkan cabaran Terengganu 3-0 pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Pasukan Hijau Kuning sepatutnya mampu menang lebih selesa jika tidak kerana kegagalan Nelson San Martin menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70.

Menurunkan kesebelasan utama termasuk pemain importnya, Kedah membuka jaringan menerusi Badrol Bakhtiar pada minit ke-25.

Skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah kemudiannya menggandakan jaringan menerusi Marlon Alex James pada minit ke-40.

Tidak cukup dengan kedudukan itu, Kedah yang terdahulu kecewa dengan kegagalan Nelson menyempurnakan penalti, menebusnya dengan jaringan ketiga menerusi Kyril Muhymeen pada minit ke-76.

Selangor pula masih belum boleh mendabik dada walaupun mencipta kemenangan 2-0 ke atas Johor FC dalam satu lagi separuh akhir di Stadium Shah Alam jaringan Safee Sali (m-18) dan R. Surendran (m-90).
SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4ztYmpQ5p

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan