ARKIB : 12/03/2008
KUALA LUMPUR Kedah dan Perak
memulakan kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan cemerlang
apabila menang ke atas lawan masing-masing semalam.
Perak mencatat kemenangan
selesa 3-1 atas kelab Maldives, New Radiant, yang bermain dengan sepuluh pemain
dalam Kumpulan C di tempat lawan.
Manakala juara Piala Malaysia
musim lalu, Kedah mengutip tiga mata penuh apabila menumpaskan wakil Maldives,
Victory SC 1-0 dalam saingan Kumpulan D di Stadium Darulaman, Alor Star.
Di Maldives, Perak ketinggalan
menerusi jaringan Daniel Mbock pada minit ketujuh namun bangkit dengan jaringan
penyamaan Carlos Caceres seminit kemudian.
Tuan rumah terpaksa beraksi di
sepanjang babak kedua dengan 10 pemain apabila Mohamed Shifan dilayangkan kad
kuning kedua di minit ke-34.
Tiga minit kemudian Khalid
Jamlus meletakan Perak 2-1 di depan hasil kesilapan Ibrahim Amil dengan
rembatan deras.
Di Alor Star, kemenangan Kedah
menjelma pada minit ke-48 menerusi Fauzi Shaari.
Kedah, juara tiga piala musim
lalu memulakan perlawanan dengan berhati-hati, selepas tewas 0-2 pada pusingan
pertama Piala FA di tangan PKNS Selangor.
Penyerang Marlon Alex James,
yang menjaringkan 18 gol dalam Liga Super dikawal ketat pertahanan pelawat sehingga
sukar melakukan percubaan.
Merembat
Namun Kedah masih dapat
melancarkan beberapa peluang gol pada minit ke-14 menerusi pemain tengah Shafiq
Jamal yang merembat deras namun berjaya diselamatkan penjaga gol pasukan
pelawat, Imran Mohamed.
Tiga minit sebelum rehat, Kedah
di depan apabila Fauzi Shaari menyambar hantaran silang Badrol Bakhtiar dengan
rembatan deras ke gawang.
Jaringan tersebut memaksa
pelawat menukar corak permainan untuk mencari gol penyamaan tetapi benteng
Kedah kental bertahan mengelak gol dibolosi.
Perlawanan menjadi semakin
tegang menyebab empat pemain Kedah dilayangkan kad kuning, manakala jurulatih
Mohd Azari Khor turut diarah meninggalkan tempat duduki pemain.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4ypECcrBA
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan