Rabu, 29 November 2017

Marlon jaring hatrik julang Kedah

ARKIB : 03/08/2008
Marlon jaring hatrik julang Kedah
 
- Gambar ASWAD YAHYA

KUALA LUMPUR - Pemain kontroversi, Marlon Alex James menjaringkan hatrik untuk membawa penyandang juara, Kedah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selaku juara Kumpulan B selepas menundukkan Johor FC 4-1, semalam. Kedah mengetuai lima lagi pasukan yang menempah tiket suku akhir semalam bersama Terengganu, Perlis, Polis dan Perak, pada ketika Selangor, Johor FC dan UPB-MyTeam sudah pun melayakkan diri lebih awal.

Jaringan Marlon di minit ke-51, 68 dan 87 membolehkan juara bertahan itu berdepan Perak di suku akhir nanti, meskipun Perak tumpas 2-1 kepada UPB-MyTeam pada perlawanan terakhir Kumpulan C. MyTeam pula akan menentang Johor FC.

Selangor muncul juara Kumpulan A selepas menundukkan Melaka 4-2 di Stadium Hang Jebat untuk menempah pertemuan dengan Polis, yang menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Likas.

Terengganu mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sarawak di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak untuk berdepan Perlis, yang menumbangkan Johor Pasir Gudang 2-1 di gelanggang lawan.

Dalam perlawanan lain yang tidak memberi makna, Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 4-1, Kuala Lumpur tewas 0-1 kepada Pulau Pinang, manakala Tentera tumpas 1-2 kepada Pahang.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4zrPWI9vi

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan