ARKIB : 06/04/2008
KUALA LUMPUR Kedah melebarkan
penguasaan sebagai pendahulu Liga Super selepas menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan
dua pasukan teratas di Stadium Shah Alam, semalam.
Gol jaringan Saramsak Kram pada
minit ke-18 sudah cukup untuk Kedah meraih tiga mata penting walaupun turun
tanpa beberapa pemain utama mereka di samping keletihan kerana baru kembali
daripada beraksi dalam Piala AFC.
Kemenangan itu membolehkan
Kedah kini unggul di puncak liga dengan 50 mata daripada 20 perlawanan
sekaligus semakin hampir untuk merangkul kejuaraan liga.
Selangor pula kekal di tangga
kedua dengan 42 mata.
Perak yang berpeluang
menghampiri kedudukan Selangor gagal mengambil kesempatan itu apabila tumpas
1-2 kepada Johor FC di Stadium Perak.
Pasukan pelawat mudah
mendahului 2-0 di babak pertama menerusi jaringan Walter da Silva (m-3, 24)
sebelum jaringan Mario Barrios (m-72) sekadar mampu meredakan kekecewaan Perak.
UPB-MyTeam pula berpesta gol
ketika membelasah Sarawak 4-0 pada perlawanan di Stadium Petaling Jaya.
Dua lagi perlawanan
berkesudahan dengan keputusan seri. Polis Diraja Malaysia (PDRM) terikat tanpa
jaringan dengan Pahang di Stadium Selayang.
Manakala DPMM Brunei seri 3-3
dengan Pulau Pinang di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Satu lagi perlawanan antara
Terengganu dan Perlis pula terpaksa ditangguhkan ke hari ini selepas lampu
limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu terpadam dua
minit sebelum waktu rehat.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4yrWdWW2W
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan