ARKIB : 18/06/2008
Pemain Kedah, Samransak Kram
(kiri) dijatuhkan pemain Pahang, Norhafiz Zamani Misbah pada aksi perlawanan
separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Kedah
layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-1.
- Bernama
KUALA LUMPUR - Juara bertahan,
Kedah akan bertemu Selangor pada perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu ini
selepas membenamkan lawan masing-masing di peringkat separuh akhir, semalam.
Kedah yang menang 4-1 pada
separuh akhir pertama di tempat sendiri 14 Jun lalu, meneruskan kecemerlangan
dengan sekali lagi menewaskan Pahang 2-0 pada perlawanan separuh akhir kedua di
Stadium Darul Makmur.
Satu gol pada setiap babak
menerusi Khyril Muhymeen Zambri (m-9) dan Badrol Bakhtiar (m-51) cukup memberi
keselesaan buat Kedah untuk mara menerusi agregat 6-1.
Tidak banyak yang dapat
dilakukan Pahang untuk mengurangkan defisit jaringan gol walaupun beraksi di
tempat sendiri.
Sementara itu dalam satu lagi
separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu,
Selangor hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah.
Bagaimanapun itu sudah cukup
untuk melayakkan mereka ke perlawanan akhir hasil kejayaan menewaskan
Terengganu 2-1 di tempat sendiri minggu lalu.
Selangor yang mara dengan
agregat 3-2 lebih dulu membuka jaringan menerusi R. Surendran (m-48) sebelum
Terengganu menyamakan kedudukan menerusi Mat Ashaari Shamsuddin (m-69).
Perlawanan akhir antara Kedah
dan Selangor akan dilangsungkan di Stadium Shah Alam, Sabtu ini pada pukul 8.45
malam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4zb7SkqUR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan