ARKIB : 01/07/2007
NIBONG TEBAL Kejayaan Kedah
merangkul Piala FA malam tadi membakar semangat skuad Kenari untuk memberi
lebih tumpuan kepada dua lagi kejuaraan, Piala Malaysia dan Liga Super musim
ini.
Jurulatih Kedah, Mohd. Azrai
Koh Abdullah yang jelas tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya, kini mula
mencongak peluang bagi memastikan barisan muda bimbingannya mengekalkan
prestasi terbaik bagi merealisasikan hasrat itu.
Kalau persembahan malam ini
dijadikan ukuran, kenapa Kedah tidak boleh merangkul dua lagi kejuaraan, Piala
Malaysia dan Liga Super.
Kami tidak tunjukkan tahap
permainan sebenar tetapi para pemain dapat menyekat kemaraan pihak lawan
terutamanya pada saat-saat akhir permainan, katanya.
Beliau berkata demikian pada
sidang akhbar selepas perlawanan akhir di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.
Kemenangan Kedah turut dibantu
kecekapan penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias yang berjaya menepis tendangan
penalti Zacharia Simukonda dan Mohd. Nazaruddin Zain, sekali gus membolehkannya
dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.
Mohd Azrai berkata, dengan
hanya tinggal baki dua perlawanan Liga Super, pihaknya yakin dapat meneruskan
corak permainan konsisten seperti yang dipamerkan malam ini.
Beliau berkata, persembahan
cemerlang para pemain mudanya pada musim ini sememangnya di luar jangkaan
memandangan mereka dalam proses pemantapan pasukan di bawah projek pembangunan
bola sepak 2008.
Nampaknya, kami dapat meraih
kemenangan setahun lebih awal daripada yang dijangka, kemenangan malam ini
bukan mudah kerana kami berdepan dengan pasukan yang sangat berpengalaman,
katanya.
Beliau turut mengakui, barisan
pemainnya nampak gugup pada minit-minit awal babak pertama tetapi berjaya
mempamerkan persembahan menyakinkan selepas itu.
Kedah bermain tanpa dua
tonggak, V. Thirumurugan dan Mohd. Fauzi Shaari yang kini menjalani latihan
bersama skuad Piala Asia negara.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4uB7w8U4e
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan