Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
JUARA bertahan, Kedah hanya
selangkah ke separuh akhir saingan Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor
3-2 pada aksi suku akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang,
malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan
Selangor selaku juara 33 kali Piala Malaysia memerlukan kemenangan
sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi timbal balik di Stadium Darul Aman pada 24
September ini untuk mendapat slot layak ke empat terakhir.
Pada aksi malm tadi tuan rumah
dikejutkan dengan jaringan pertama pelawat apabila penyerang import dari
Denmark, Ken Ilso berjaya menyudahkan hantaran Rizal Ghazali pada minit ke-10.
Kealpaan benteng pertahanan The
Red Giants sekali lagi dihukum Ilso lima minit kemudian apabila pemain itu
bijak menolak masuk untuk gol kedua Helang Merah.
Selangor cuba bangkit
merapatkan jurang gol dengan beberapa gerakan dan skuad kendalian P Maniam itu
terpaksa menunggu hingga m-53 apabila Rufino Segovia menanduk masuk bola
hantaran Syahmi Safari.
Bagaimanapun, Helang Merah
kembali menjarakkan kedudukan menerusi pemain kebangsaan, Syazwan Zainon yang
menyempurnakan bola hantaran lambung Liridon Krasniqi m-68.
Selang dua minit kemudian,
kedudukan berubah lagi apabila Segovia meledak gol kedua Selangor hasil
hantaran pemain gantian, Andik Vermansyah.
The Red Giants dilihat
melakukan asakan bertali arus ke kubu Helang Merah pada penghujung perlawanan
namun tetapi gagal mendapatkan gol penyamaan.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 11:51 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan