ARKIB : 18/06/2007
Oleh SHARIZA ABDULLAH
ALOR STAR Meskipun memperoleh
bekalan dua gol, Kedah tidak akan menggunakan taktik bertahan menjelang
pertemuan separuh akhir kedua bola sepak Piala FA di Stadium Shah Alam Sabtu
ini.
Sebaliknya jurulatih Kedah,
Mohd. Azraai Khor Abdullah mengarahkan anak buahnya supaya bermain menyerang
seperti biasa, bagi memastikan hasrat melangkah ke perlawanan akhir tercapai.
Sejak awal musim, Kedah
mempraktikkan corak permainan menyerang. Kita tidak akan mengubah taktik
tersebut meskipun mempunyai bekalan dua gol.
Masih ada 90 minit lagi dan
kita akan turun habis-habisan, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di
sini semalam.
Kedah kini berada di landasan
terbaik untuk menjulang Piala FA selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas
Selangor pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Datul Aman malam
kelmarin.
Pasukan yang diberi jolokan Sang
Kenari itu sekali muncul juara piala tersebut 10 tahun lalu.
Mengulas mengenai persembahan
anak buahnya malam kelmarin, Mohd. Azraai memberitahu dia berpuas hati dengan
komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan mereka.
Bagaimanapun dia mengakui akan
berdepan dengan tugas mencabar di Shah Alam walaupun Selangor dikhabarkan bakal
kehilangan khidmat pemain-pemain utama yang dijangka bersama skuad kebangsaan.
Oleh itu, katanya, tempoh
seminggu sebelum perlawanan pusingan kedua itu akan dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya bagi meningkatkan moral, kecergasan dan mental pemain.
Skuad kita juga bakal diperkuatkan
dengan kehadiran semula K. Soley dan Bunyamin Omar yang dijangka pulih selepas
mengalami demam menjelang pertemuan itu nanti, katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4u9UXUbz0
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan