ARKIB : 20/05/2007
PEMAIN Perak, R. Surendren
(kanan) cuba mengawal bola sambil dihalang pemain Perlis, Azizi Mat Rose dalam
perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama Kangar, semalam. Perak menang
1-0.
KUALA LUMPUR - Jaringan hatrik
Marlon Alex James membantu Kedah semakin ampuh di persada apabila membelasah
Pulau Pinang 4-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Negeri Batu
Kawan, semalam.
Kedah mengukuhkan lagi
cengkaman selaku pendahulu Liga Super dengan memungut 42 mata.
Di hadapan puluhan ribu
penyokong setia, Kedah membuka jaringan menerusi Nelson Sam Martin menerusi
sepakan dari luar kotak penalti pada minit ke-31.
Selepas jaringan itu
menyaksikan kebangkitan Marlon yang sukar disaingi oleh benteng pertahanan tuan
rumah apabila dia mencipta jaringan hatrik pada minit ke-45, 69 dan 83.
Bagaimanapun pada minit-minit
terakhir perlawanan hendak ditamatkan Pulau Pinang berjaya merapatkan jurang
menerusi jaringan Zafran Olibullah.
Di Stadium Utama, Keita Mandjou
muncul hero apabila jaringan tunggalnya empat minit sebelum tamat membantu
Perak mengutip tiga mata berharga apabila menewaskan Perlis 1-0.
Buat Perak kemenangan yang
terpaksa ditunggu sehingga minit ke-86 cukup melegakan buat mereka mengekori
rapat pendahulu Kedah.
Perak kini mengutip 40 mata
dipisahkan dengan dua mata di belakang Kedah.
Gol kemenangan berpunca
daripada hantaran jauh tepat ke arah Mandjou yang membuat larian sebelum
menewaskan pemain pertahanan Zami Mohd. Noor sebelum dia melepaskan rembatan
rendah menewaskan penjaga gol, Tay Sing Kiat.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang
tersentak apabila tewas tipis 1-0 kepada Terengganu.
Diogo Braga muncul wira skuad
Terengganu apabila mencipta jaringan pada minit ke-57.
Gol dihasilkan daripada
rembatan kencang Braga gagal diselamatkan oleh penjaga gol Pahang.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka
cuba mengelak daripada terus menghungi tangga terbawah apabila mengalahkan
Sarawak 3-0.
Gol-gol Melaka telah
dijaringkan oleh Mirsad Amir Madsim (m-31), K. Linggam (m-81) dan Faderin Kadir
(m-84).
Di Stadium Shah Alam, Selangor
dikejutkan dengan kekalahan 3-2 kepada Johor FC.
Amirul Hadi Zainal meletakkan
Selangor di depan dan seminit selepas D. Surendren menjadikan kedudukan 2-0.
Bagaimanapun Johor FC bangkit
merapatkan jurang menerusi Syaiful Sabtu di minit ke-68 sebelum Walter Smith
menambah dua gol pada minit ke-69 dan 90 bagi menjadikan kemenangan buat
pasukan berstatus kelab 3-2.
Di Stadium MBPJ, Kelana Jaya,
Telekom Melaka tidak menghadapi masalah apabila mudah menewaskan Negeri
Sembilan Naza 3-1.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0520&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4u7IJi4mf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan