Jumaat, 22 September 2017

Siapa akan mati? -- Kedah lawan Perak Piala FA malam ini



ARKIB : 27/03/2007

Oleh SHARIZA ABDULLAH

ALOR STAR - Ketua jurulatih pasukan bola sepak Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menyifatkan skuadnya bakal berdepan lawan paling mencabar menjelang pertemuan pusingan kedua Piala FA menentang Perak di Stadium Darul Aman, malam ini.

Mohd. Azraai berkata, meskipun Kedah pernah menumpaskan Perak sebanyak dua kali musim ini dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia, namun dia yakin Perak akan membuat persiapan lebih rapi dan akan belajar sesuatu daripada kekalahan berkenaan.

Namun, beliau akui pasukan yang dikenali sebagai Seladang itu juga mempunyai kelebihan pengalaman berbanding pemain muda Sang Kenari.

Sehubungan itu, tegasnya, skuad Hijau Kuning perlu lebih berhati-hati dengan corak permainan pasukan Perak lebih-lebih lagi perlawanan malam ini adalah pusingan kalah mati.

“Boleh dikatakan pemain Perak dari posisi pertahanan sehingga penyerangnya mempunyai kelebihan pengalaman. Mereka juga sudah tentu membuat persiapan rapi selepas dua kali menentang Kedah musim ini.

“Bagaimanapun pemain Kedah seperti biasa pasti akan turun bermain habis-habisan dengan komitmen 100 peratus menjadi pertaruhan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohd. Azraai, kesemua pemainnya cergas untuk diturunkan kecuali K. Soley yang dilaporkan kurang sihat setelah mengalami keracunan makanan.

Keadaan Soley bagaimanapun akan ditentukan hari ini sama ada dapat diturunkan atau sebaliknya.

Kedah juga tidak dapat menggunakan khidmat Saramsak Kram, Khyril Muhymeen, Sabree Abu dan Thiru Murugan yang bersama skuad kebangsaan, namun Mohd. Azraai percaya barisan sedia ada mampu memikul amanah yang diberikan.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0327&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tQAHoyM3
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan