ARKIB : 24/03/2007
ALOR STAR Kedah menagih
sentuhan penyudah penyerang import dari St. Vincent, Marlon Alex James yang
setakat ini menjaringkan tujuh gol untuk membenam Telekom Melaka dalam saingan
Liga Super di Stadium Darul Aman, malam ini.
Tatkala penyerang muda Sang
Kenari dilihat masih gopoh dan terkial-kial di hadapan gawang lawan, Ketua
Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah menyifatkan sentuhan Marlon
diperlukan untuk mencipta jaringan dan membimbing pemain-pemain lain fokus
sepanjang permainan.
Menurut Mohd. Azraai, meskipun
Kedah tidak pernah menentang Telekom pada musim ini tetapi dia mengakui lawan
itu mempunyai kekuatannya tersendiri yang boleh membuat Sang kenari berputih
mata di gelanggang sendiri.
Malah, katanya, berdasarkan
situasi terkini, pasukan itu mula menunjukkan tanda kebangkitan sejak dibimbing
oleh Wan Jamak Wan Hassan.
Oleh itu kita tidak boleh
melepaskan sebarang peluang di hadapan pintu gol lawan seperti yang berlaku
pada perlawanan-perlawanan terdahulu jika ingin mengutip tiga mata penuh.
Dalam perlawanan sengit
seperti inilah kita memerlukan sentuhan dan kehadiran pemain berpengalaman
seperti Marlon di atas padang bagi membantu rakan-rakan sepasukan lain,
katanya di sini, semalam.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4tPuQDk8W
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan