Jumaat, 29 September 2017

Kedah, Selangor menang



ARKIB : 23/05/2007

Penyerang Shahzan Muda, Victor Alejandro Gonzalez (dua dari kanan) berjaya mengawal bola walaupun cuba dihalang dua pemain pertahanan Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

KUALA LUMPUR – Jaringan hatrik Asmawi Hassan membantu pendahulu Liga Super, Kedah kian menghampiri tempat ke separuh akhir apabila mudah menewaskan UPB/ MyTeam 4-1 dalam perlawanan pertama suku akhir Piala FA di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini, semalam.

Kedah tidak perlu menunggu lama hanya 11 minit babak berlangsung Asmawi meletakan Kedah di depan sebelum disusuli gol kedua menerusi Marlon Alex James pada minit ke-37.

UPB/MyTeam terus tertekan apabila Asmawi sekali lagi bertindak cemerlang meledakkan jaringan kedua peribadinya untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-41.

Pada minit ke-40, tuan rumah merapatkan jurang menerusi jaringan R. Arumuggam untuk menjadikan kedudukan 3-1 dan Asmawi mencipta hatrik pada minit ke-57.

Di Stadium Shah Alam, juara 2005 Selangor turut menggamit kemenangan mudah apabila menewaskan pasukan berstatus kelab PKNS 2-1.

Mohd. Amri Yahyah muncul hero buat Selangor apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-15 dan 20.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0523&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4u7OzeavL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan