Sabtu, 23 September 2017

Kedah masih bertahan




ARKIB : 19/04/2007

KUALA LUMPUR – Pendahulu kancah Liga Super, Kedah tidak berganjak daripada terus menghuni kedudukan teratas meskipun tewas 0-1 kepada Perak di Stadium Ipoh, Perak, semalam.

Kedah yang turun berbekalkan dua rekod kemenangan menentang tuan rumah, gagal mencari ruang sebaliknya Perak pula berjaya mencuri kesempatan dengan jaringan tunggal Keita Mandjou pada minit ke-60.

Kemenangan 1-0 ke atas Kedah itu membolehkan Perak melonjakkan diri dari tangga keempat kembali ke tangga kedua liga.

Ini selepas pasukan di tangga kedua sebelum ini



DPMM Brunei tewas di tempat sendiri manakala pasukan tangga ketiga, Perlis hanya mencatat keputusan seri, semalam.

Ternyata kekalahan 1-3 DPMM Brunei kepada Pahang di Stadium Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan membuka kembali persaingan merebut kejuaraan liga.

Pemain pertahanan Pahang, Norhafiz Zamani Misbah melakukan hatrik pada minit ke-28, 32 dan 84 sebelum tuan rumah memperoleh gol saguhati menerusi Shahrazain Said pada minit-minit akhir permainan.

Perlis pula hanya mampu seri 2-2 dengan Negeri Sembilan dalam perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Gol Perlis dijaringkan Mohd. Hardi Ahmad (m-17) dan Philemon Chipeta (m-85) manakala gol NS Naza kedua- duanya disumbang pemain import, Fredrico de Castro (m-24, 57).

Di Stadium Sarawak, hasrat tuan rumah untuk mencari kemenangan sulung terus tidak kesampaian apabila seri 1-1 dengan Selangor.

Sementara Sharlei Miranda melakukan hatrik untuk membantu Terengganu membelasah Pulau Pinang 3-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah,Kuala Terengganu.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0419&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4tXiNvKUA
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan