ARKIB : 04/06/2003
KEDAH merampas kedudukan sebagai
pendahulu Liga Perdana Satu daripad Perak selepas mencatat kemenangan tipis 1-0
ke atas Pulau Pinang di Stadium Darulaman, semalam.
Walaupun memiliki 30 mata yang
sama dengan Perak, kelebihan perbezaan jaringan membolehkan Kedah menguasai
persada liga buat kali pertama musim ini.
Ternyata kehadiran pemain import
dari Australia, James William memberi nafas baru kepada jentera serangan Kedah
apabila pemain itu menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir
permainan.
Perak pula gagal mengekalkan
kedudukan di persada liga apabila sekadar seri 1-1 dengan Sarawak dalam
perlawanan di Stadium Negeri, Kuching.
Pasukan bimbingan Tony Netto
bagaimanapun bermula agak meyakinkan apabila lebih dulu membuka jaringan
menerusi V. Saravanan pada minit ke-7 lagi.
Tetapi Sarawak yang terkandas di
separuh akhir Piala FA bangkit untuk menyamakan kedudukan dua minit sebelum
permainan tamat.
Robert Eshun menyempurnakan
sendiri penalti pada minit ke-88 selepas dia dijatuhkan oleh pertahanan Perak
ketika berlaku keadaan kelam kabut di depan gol.
Di Stadium Utama, Kangar, tuan
rumah Perlis bangkit daripada ketinggalan untuk turut mencatat kepusan seri 1-1
dengan Pahang.
Pahang lebih dulu membuka
jaringan menerusi Azizul Kamaluddin pada minit ke-25 sebelum Khairun Haled
Masron menyamakan kedudukan pada minit ke-82.
Di Stadium Hang Tuah, tuan rumah
Melaka gagal mempertahankan kelebihan satu gol apabila Selangor berjaya
menyamakan kedudukan untuk satu lagi keputusan seri, semalam.
Melaka berjaya mendahului seawal
minit ke-10 menerusi Mohd. Fauzi Kassim tetapi kelebihan itu dinafikan oleh
jaringan D. Surendran pada minit ke-78.
Di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV,
Kota Bharu, Kelantan berjaya mengotakan janji untuk memungut tiga mata penuh
apabila menewaskan Sabah 1-0.
Fatrurazi Rozi muncul wira
apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-65.
Sementara itu di Stadium Pasir
Gudang, Johor FC membenam Telekom Melaka 4-1 untuk melonjak ke tangga 10 liga.
Gol pertama Johor FC dihadiahkan
pemain lawan, Nazrulerwan Makmor yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-7.
Tetapi Telekom Melaka berjaya
menyamakan kedudukan menerusi Issac Kuffour pada minit ke-31 sebelum tuan rumah
berpesta jaringan menerusi Jon Anggelucci (m-50), Hairy Azly Mahamad (m-52 dan
68).
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4cxwFnOQs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan