ARKIB : 18/06/2002
JUARA baru liga bola sepak
Perdana Dua, Kedah menamatkan kempen musim 2002 dengan mencatat keputusan seri
1-1 dengan Brunei di Stadium Darulaman, Alor Setar, semalam.
Brunei memperoleh gol pendahuluan
menerusi Filas Liberto Da Filba pada minit ke-53 sebelum Che Hishammuddin
Hassan menyelamatkan maruah tuan rumah dengan jaringan minit ke-67.
Sultan Kedah kemudiannya
menyampaikan trofi kejuaraan kepada pengurus skuad Kenari, Datuk Shukri Hashim
se-lepas perlawanan tamat. Juara Perdana Dua itu turut menerima hadiah wang
tunai sebanyak RM75,000.
Kedah menamatkan saingan musim
ini dengan mengumpul 52 mata diikuti Telekom Melaka dengan 47.
Telekom menamatkan aksi terakhir
dengan bergaya apabila mengalahkan Polis 3-0 di Stadium Selayang.
Sementara itu, MPPJ Selangor
menggunakan peluang terakhirnya untuk menduduki tangga ketiga apabila
menumpaskan Public Bank 3-0 di Stadium Petaling Jaya.
Kemenangan itu membolehkan MPPJ
memintas kedudukan Public Bank berdasarkan perbezaan jumlah gol setelah
kedua-dua pasukan terikat dengan 38 mata.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_09.htm#ixzz4cDMuVWmC
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan