ARKIB : 06/04/2002
PUBLIC Bank Selangor nyaris
mengecewakan Kedah tetapi kemudian terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 pada
perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar, semalam.
U. Ganeson meletakkan pelawat di
depan pada minit ke-14 sebelum Zainuddin Mohd. Ariffin menyelamatkan maruah
Kedah di depan penyokong sendiri apabila membuat jaringan pada minit ke-55.
Sementara itu di Stadium Larkin,
Johor mencatat kemenangan kelimanya apabila menewaskan KL Malay Mail 1-0 hasil
tandukan Suhaimi Jamil (minit 11).
MPPJ Selangor pula menumpaskan
JKR Kedah 2-0 di Stadium Petaling Jaya. Gol-gol perlawanan dijaringkan oleh
Khairul Ahnar Taam (7) dan Mohammad Fadzly Aziz (43).
Sementara itu, pasukan di tangga
kedua, Telekom Melaka terselamat daripada kejutan SKMK Kelantan di Stadium
Sultan Mohamad IV apabila seri 2-2.
Sementara itu, perlawanan Polis
menentang TNB Kelantan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang terpaksa ditunda kerana
lampu limpah stadium gagal berfungsi. Perlawanan akan berlangsung di gelanggang
yang sama pada pukul 4.30.
Di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, Brunei bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan
seri 3-3 dengan Tentera.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0406&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4c4IwsWh5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan