Khamis, 23 Mac 2017

Kedah teruskan rentak cemerlang



ARKIB : 30/04/2002
KEDAH meneruskan keperkasaan menguasai carta bola sepak Liga Perdana Dua selepas menang 2-1 ke atas TNB Kelantan di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu, semalam.

Akmal Rizal Ahmad Rakhli menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88. Sebelum itu, Abdul Latiff Jusoh membuka jaringan minit ketiga untuk tuan rumah tetapi Kedah menyamakan kedudukan menerusi Sariman Che Omar minit ke-26.

Di Stadium Hang Tuah, Telekom Melaka terus mengekori Kedah dengan kemenangan 4-1 ke atas Brunei.

Gol-gol Telekom Melaka dijaringkan oleh Isaac Kufour (14, 86), Khairul Anuar Baharom (56) dan Imran Ahmad (90) manakala gol tunggal Brunei dijaringkan oleh Silus Da Silva (53).

Di Stadium KLFA, Cheras, Public Bank Selangor turut menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur Malay Mail hasil dua jaringan Paul Raj (11, 60).

Di Stadium Selayang, perlawanan antara Polis dengan SKM Kelantan berkesudahan seri tanpa jaringan.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, JKR Kedah tewas 3-0 kepada Johor hasil dua gol Daniel Watkins (43, 55) dan Suhaimi Jamil (60).

Di Stadium Petaling Jaya, perlawanan antara MPPJ Selangor dengan Tentera ditangguhkan akibat hujan lebat.

Perlawanan akan dilangsungkan semula malam ini di tempat dan masa yang sama.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4c9Bjt2kr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan