ARKIB : 23/03/200
KEDAH muncul juara pusingan
pertama kempen Liga Perdana Dua apabila membelasah Brunei 4-0 di Stadium
Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, semalam sambil mengekalkan rekod menang
kesemua 10 perlawanan.
Penyerang sensasi, Akmal Rizal
Rakhli menerajui kemenangan bergaya itu dengan mencipta jaringan hatrik pada
minit ke-74, 87 dan 90. Satu lagi gol disumbat oleh Mohd. Rafdi Rashid pada
minit terakhir separuh masa pertama.
Kedah setakat ini mengumpul 30
mata, 11 mata di depan pencabar terdekatnya, Public Bank yang tumbang 2-1 di
Stadium Selayang kepada MPPJ Selangor dalam satu lagi perlawanan.
MPPJ bangkit daripada ketinggalan
untuk membolosi gawang Public Bank dalam tempoh 11 minit.
Khairul Anhar Mohd. Taam
menjaringkan gol penyamaan untuk MPPJ pada minit ke-75 setelah G. Rameshwaran
meletakkan Public Bank di depan pada minit ke-60. Ahmad Norafandy Mohd. Yatim
kemudian menjaringkan gol kemenangan ketika permainan berbaki empat minit.
Sementara itu, Johor berpesta gol
di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin apabila menepati sasaran lima kali
untuk menewaskan Tentera 5-1.
Selepas mendapat gol ihsan ketua
pasukan lawan, Abu Bakar Mahmood pada minit ke-10, skuad Karl Weigang menambah
menerusi Roland Nemeth minit ke-23 dan sepakan penalti minit ke-50, Khairul
Ismail (minit 26) dan Mohd. Farid Idris (30).
Gol tunggal Tentera dijaringkan
oleh Md. Shahrul Imran Ibrahim (88).
Di Stadium Kuala Lumpur, Cheras,
KL Malay Mail hanya seri 0-0 dengan SKMK Kelantan.
Sementara itu, pasukan di tangga
tercorot, JKR Kedah mencatat kemenangan kedua apabila menumpaskan TNB Kelantan
2-1 di Stadium Darulaman, Alor Setar.
Gol-gol JKR Kedah diperoleh
menerusi Mohd. Fahmi Abdul Aziz (15) dan sepakan penalti Shahroni Che Ahmad
(85) sementara gol tunggal pelawat diperoleh hasil sepakan penalti Morhim
Abdullah (71)
Di Stadium Hang Tuah, penonton
menyaksikan tujuh gol disumbat apabila Telekom Melaka menundukkan Polis 5-2.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4by7GhEtJ©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan