ARKIB : 16/02/2002
PENDAHULU bola sepak Perdana Dua,
Kedah terus mengukuhkan kedudukannya apabila menang 2-0 ke atas TNB Kelantan
yang bermain dengan 10 orang di Stadium Darul Aman.
Akmal Rizal Ahmad Rakhli
menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42 sebelum Che Hisamuddin Hassan
menambah gol pada minit ke-89.
Sementara itu, Johor mencatatkan
kemenangan sulung setelah menumpaskan JKR Kedah 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan
Yunos, semalam. Gol-gol Johor diperoleh menerusi Azmil Azali pada minit
kelapan, Roland Meth minit ke-17 dan Khairul Ismail minit ke-33.
Di Stadium Sultan Mohd. ke IV,
SKMK Kelantan kekal pakar seri apabila mencatat keputusan 1-1 dengan Polis.
Yunainan Dollah meletakkan SKMK
di depan pada minit ketiga sebelum Mohd. Zakir Othman menyamakan kedudukan
menerusi sepakan penalti minit ke-47.
Brunei pula mencatat kemenangan
kedua apabila menang tipis 3-2 ke atas Telekom Melaka di Stadium Sultan
Hassanal Bolkiah. Gol kemenangan Brunei diperoleh menerusi pemain import,
Rafael Patron Akakpo pada minit ke-55 setelah kedudukan seri 2-2 sebelum itu.
Brunei mendahului selesa menerusi
jaringan Mohd. Saifful Rizal Awang dan Irwan Mohamad masing-masing pada minit
ketiga dan 17 sebelum Telekom menyamakan kedudukan menerusi Azlan Ahmad minit
ke-14 dan Isaac Kuffour minit ke-68.
Tentera turut mengutip mata penuh
pertamanya apabila berjaya menang 1-0 ke atas MPPJ Selangor di Stadium KLFA,
Cheras hasil jaringan Zahid Hashim pada minit ke-44.
Public Bank Selangor pula terus
memberikan saingan terhadap Kedah setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas KL
Malay Mail di Stadium Selayang, sekali gus melonjak ke tangga kedua.
Public Bank bangkit dengan dua
gol pada babak kedua menerusi Marek Svec pada minit ke-62 sebelum M.
Subramaniam menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-90 sekali gus
menghampakan KL Malay Mail yang mendahului menerusi jaringan S. Sangar pada
minit ke-47.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bw9ljjDL©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan