Selasa, 21 Mac 2017

Polis mangsa terbaru Kedah



ARKIB : 19/02/2002
PENDAHULU bola sepak Liga Perdana Dua, Kedah semakin garang dalam kempen awal ini apabila menjadikan Polis mangsa terbarunya dengan kemenangan besar 5-1 di Stadium Selayang, semalam.

Sheikh Ahmad Redzuan menjaringkan hatrik pada minit ke-36, ke-43 dan ke-59 manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli (86) dan Irwan Fadzly Idrus (90).

Gol saguhati Polis dihasilkan L. Suresh menerusi sepakan penalti (78).

Di Stadium Larkin, Johor tumpas di gelanggang sendiri 3-1 kepada TNB Kelantan.

Tiga gol TNB Kelantan dijaringkan oleh penjaga gol, Kamaruzaman Mohamad (12), Azrul Amri Burhan (72) dan Khairil Zahasmi (75) manakala gol tunggal Johor dijaringkan oleh L. Ragesh (60).

Di Stadium Sultan Mohd. IV, Kota Bharu, pasukan tuan rumah SKM Kelantan tewas 2-1 kepada MPPJ Selangor.

Yuszaiman Zahari membuka jaringan untuk MPPJ pada minit ke-23 sebelum Khairun Haled Masrom menggandakan jaringan minit ke-60.

Gol SKM Kelantan dijaringkan Shahrol Azaruddin Nordin minit ke-62.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, JKR Kedah mencatat kemenangan sulung dalam liga selepas menumpaskan Brunei 3-0.

Gol-gol JKR Kedah dijaringkan oleh Ahmad Rodi Din (65, 75) dan Mohd. Shahril Dahlan (86).

Di Stadium Hang Tuah, Melaka, Telekom Melaka membelasah KL Malay Mail 4-0.

Gol Telekom Melaka diperoleh menerusi Imran Ahmad (6), Issac Kuffour (60, 63) dan Gabriel Opoku-Ware (85).

Di Stadium KLFA di Cheras, Tentera menewaskan Public Bank Selangor 3-0.

Ya'akob Aris membuka jaringan Tentera pada minit ke-60 dan dua gol lagi disumbangkan Mohd. Shahrol Imran Ibrahim (75) dan Che Abdullah Che Ahmad (78).

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bwbrH8j3© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan