ARKIB : 24/03/2002
APAKAH Kedah mampu mencipta rekod
muncul pasukan pertama menang semua perlawanan pusingan pertama Liga Perdana
Dua - yang hanya berbaki satu perlawanan sahaja lagi - telah menjadikan pasukan
itu tumpuan utama peminat bola sepak tempatan.
Kedah sudahpun bergelar juara
pusingan pertama hasil kemenangan 4-0 di Bandar Seri Begawan kelmarin, dan
menerajui Perdana Dua dengan 30 mata maksimum selepas 10 perlawanan.
Baki perlawanan mereka pada
pusingan pertama ini ialah menentang KL Malay Mail pada 25 Mac. Di atas kertas,
perlawanan di Alor Setar itu adalah tugasan mudah buat mereka.
Pencapaian Kedah setakat ini
sekali gus telah membuka jalan seluas-luasnya untuk mereka menjuarai Perdana
Dua.
Pesaing terdekat mereka, Public
Bank ketika ini hanya mengutip 19 mata, tercicir 11 mata di belakang.
Ia bermakna Public Bank hanya
mampu mengutip 55 mata maksimum, jika memenangi baki perlawanan pusingan
pertama dan 11 perlawanan dalam pusingan kedua.
Kedah pula hanya memerlukan 26
mata sahaja lagi atau sembilan kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan.
Keputusan selain menang yang
dicatatkan oleh Public Bank hanya akan memudahkan lagi tugas Kedah.
Skuad Kenari itu juga hanya
dibolosi dengan dua gol setakat ini iaitu ketika menumpaskan Polis 5-1 dan
Tentera dengan jumlah gol yang sama.
Sementara itu, Johor, yang tidak
lagi mendapat keyakinan penyokongnya, tiba-tiba mencipta kejayaan bergaya ke
atas Tentera dengan kemenangan 5-1 di Larkin.
Apakah kemenangan itu merupakan
tanda-tanda kebangkitan anak buah Karl Weigang itu, hanya masa akan menentukan.
Bagaimanapun, jika Johor berjaya
meneruskan aksi kemenangan, nampak sudah terlewat untuk mereka memburu tempat
kembali ke dalam saingan Perdana Satu.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_07.htm#ixzz4by92O4Jy©
Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan