ARKIB : 15/06/2003
KEDAH merampas kembali kedudukan
teratas bola sepak Liga Perdana Satu apapila membelasah Melaka 6-0 dalam
perlawanan di Stadium Darulaman, Alor Star, semalam.
Penyerang sensasi Kedah Akmal
Rizal Rakhli mencipta hatrik untuk menjayakan misi Kedah itu pada minit ke-38,
87 dan 90 sebelum James Monie menambah gol minit ke-49 dan 74, diikuti Liew Kit
Kong pada minit ke-51.
Skuad kenari yang sebelum ini
tewas mengejut 4-1 kepada Selangor bagaikan bangkit menebus maruah yang
tercalar dengan menjadikan Melaka sebagai mangsa.
Kemenangan itu menyaksikan Kedah
mengumpul 33 mata menyamai Perak tetapi mempunyai kelebihan jaringan untuk
memintas skuad Seladang yang tersingkir ke tangga kedua selepas tewas 2-0
kepada Perlis di Stadium Utama, Kengar.
Lamin Conte Jr. membuka tirai
jaringan Perlis pada minit ke-12 dan Tengku Azman Raja Hassan melengkapkan
kemenangan Perlis menerusi gol kedua pada minit ke-15.
Perlawanan tersebut turut
menyaksikan ketua pasukan Perlis, Khaironnisam Shabudin dan penyerang Perak,
Khalid Jamlus dikenakan perintah keluar padang kerana kekasaran.
Kejutan turut berlaku di Kuching
apabila Sarawak menewaskan Pulau Pinang 2-0.
Gol-gol Sarawak dijaringkan
pemain tengah Wong Sai Kong pada minit ke-33 dan Ramos Sari pada minit ke-90.
Di Stadium Hang Tuah, Telekom
Melaka Telekom seri 1-1 dengan Selangor.
Sebelum itu, Telekom Melaka
mengejutkan Selangor menerusi jaringan pembukaan Mohd. Hardi Jaafar pada minit
ke-11 manakala Mohd Fareed Shah Hassan menyamakan kedudukan pada minit ke-54.
Di Stadium Sultan Mohamed IV,
Kota Bharu, Kelantan sekadar sekadar seri 1-1 dengan pasukan Johor FC.
Bagaimanapun, pertemuan kedua-dua
pasukan itu yang berlangsung dalam hujan di separuh masa kedua, dicemari
beberapa aksi kasar menyebabkan dua pemain diperintahkan keluar padang oleh
pengadil Subkhiddin Mohd. Salleh.
Mereka ialah pemain import
pasukan pelawat, Ivan Zelic pada minit ke-15 yang menampar Mohd. Hardi Ahmad
dan pemain Kelantan itu turut dikenakan perintah yang sama pada minit ke-59
setelah menerima dua kad kuning.
Pada pertemuan itu, pasukan
pelawat mendahului skuad Kijang pada minit ke-29 hasil jaringan Idris Abd.
Karim sebelum Adamec Martin menyamakan kedudukan pada minit ke-35.
Di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, skuad pelawat Sabah gagal mengutip mata penuh dengan pasukan
tercorot, Terengganu yang mengikat kedudukan 2-2.
Sabah mendahului dua jaringan
menerusi Zaykeil Leong pada minit ke-9 dan 24. Gol Terengganu dihasilkan Tengku
Mohd. Adam Tengku Rosli pada minit ke-77 dan jaringan sendiri pemain Sabah, Md.
Reithuddin pada minit terakhir permainan.
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4cyzJw0iV
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan