ARKIB : 08/10/2004
BANYAK pihak yang tidak yakin kemampuan Kedah untuk mengatasi defisit
dua gol yang dijaringkan oleh Selangor Public Bank semasa pertemuan
pertama suku akhir bola sepak Piala Malaysia, Sabtu lalu, lapor
NAZARUDIN SHAHARI.
Namun bagi jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah, tempoh selama empat hari sebelum perlawanan pusingan kedua malam kelmarin dimanfaat sepenuhnya untuk mengatur strategi bagi memastikan hasrat Kedah Ke saingan separuh akhir menjadi kenyataan.
``Walaupun banyak pihak yang tidak yakin Kedah boleh mengatasi jumlah jaringan itu, namun saya masih yakin pasukan mampu berbuat sesuatu bagi membolehkan Kedah layak ke pusingan seterusnya,'' katanya kepada Sukan Utusan, di Alor Star semalam.
Hasilnya, Kedah berjaya menundukkan Selangor Public Bank 3-0 pada saingan suku akhir kedua di Stadium Darulamam malam kelmarin untuk menempah tempat ke separuh akhir dengan agregat 3-2.
Ketinggalan agregat 0-2, serangan demi serangan diatur Kedah dan akhirnya berjaya menjaringkan gol menerusi tendangan penalti Marcos Magno Morales pada minit ke-24 diikuti jaringan Cristiano Selbach (m-46).
Detik kejayaan Kedah akhirnya tiba pada minit ke-81 apabila tandukan Morales membolosi gawang lawan.
Kejayaan Kedah melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia adalah cukup manis selepas persembahan buruk sepanjang musim ini.
Pada saingan Liga Super, Kedah menduduki tangga tercorot daripada lapan pasukan yang bertanding dengan hanya memperolehi 15 mata daripada 21 perlawanan. Sepanjang saingan, Kedah hanya menang empat perlawanan, seri (tiga) dan tumpas dalam 14 perlawanan.
Bagaimanapun, Kedah kembali bernafas dalam saingan Piala Malaysia apabila muncul juara Kumpulan A yang turut dibarisi oleh Pahang, MK Land dan PKNS. Kedah mengutip 14 mata daripada enam perlawanan dengan menang sebanyak empat kali dan seri sebanyak dua kali.
Kedah akan bertemui dengan Sabah di Kota Kinabalu pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia pada 23 November ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan