ARKIB : 02/12/2004
MASA hanya tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum berlangsung
perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia yang cukup bersejarah di
antara Kedah dengan pasukan jiran, Perlis namun bagi barisan sang
Kenari, tidak ada ``senjata'' khusus untuk memerangkap si Singa Utara.
Walaupun menghormati jirannya, negeri kecil bersemangat besar yang mahu mencipta lembaran baru untuk pertama kali membawa pulang Piala Malaysia itu, Kedah tetap tidak merasa gentar atau mengalami tekanan.
Ini kerana komitmen tinggi pemain, ditambah dengan latihan bersungguh-sungguh dalam masa yang semakin menuju ke kemuncak itu, menjadi bekalan tonggak Kedah untuk dibawa ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah pula dengan tenang menaruh sepenuh keyakinan kepada ``anak-anak buahnya'' untuk memberi tentangan sebaik mungkin ke atas Perlis sebagaimana ditunjukkan sewaktu skuad Kenari menewaskan Sabah 1-0 dalam saingan separuh akhir kedua yang melayakannya ke pertandingan akhir Piala Malaysia.
``Mereka (pemain) yang mengidamkan Piala Malaysia dan mereka membuktikannya dengan membawa pasukan ke perlawanan akhir daripada tidak langsung diberi harapan dalam saingan Liga Super.
``Jadi, Kedah tidak mempunyai apa-apa perancangan khas untuk menghadapi Perlis kerana saya yakin pemain sendiri sudah menunjukan keyakinan dan komitmen dalam saingan sebelum ini dan juga ketika latihan,'' katanya di Stadium Darulaman, Alor Setar, semalam.
Disebabkan itu, kata Mohd. Azraai, Kedah boleh mengharapkan kesemua pemain untuk membawa misi penting ini walaupun begitu merasakan kehilangan penyerang, Akmal Rizal Rakhli yang tidak dapat diturunkan kerana kecederaan.
``Bukti sudah jelas, walaupun kita mahukan Akmal beraksi, dia mengalami kecederaan dalam saingan separuh akhir kedua menentang Sabah tetapi kita dapat beraksi dengan begitu baik sekali,'' tambah beliau.
Ditanya sama ada Kedah menghadapi masalah kecederaan pemain menjelang saingan akhir itu, jurulatih berkenaan berkata: ``Cuma ada beberapa pemain yang mengalami kecederaan kecil dan mereka dijangkakan pulih seperti biasa sebelum perlawanan.''
Mengenai keupayaan Perlis, Mohd. Azraai mengakui bahawa Singa Utara sebuah pasukan mantap di semua posisi tetapi pemain Kedah boleh menanganinya.
``Kedah tahu Perlis pasukan yang baik. Bayangkan, mereka beraksi 10 pemain tetapi bukan sahaja mampu mengekang Pahang dalam separuh akhir kedua, malah menghasilkan gol untuk layak ke saingan akhir... ini buktinya.
``Sejak di bawah jurulatih Norizan Bakar, Perlis menampakan kegarangannya baik dalam saingan Liga Super mahu pun aksi Piala Malaysia dan saya menjangkakan perlawanan dengan Kedah bakal menarik.
``Tetapi, biar sekuat mana pun pasukan itu, pemain yang menjadi penentu dan begitu juga dengan Kedah yang sudah pasti tidak akan memberi ruang kepada tonggak Singa Utara seperti Phillimon Chipeta,'' tambah beliau.
Jika Perlis mempunyai barisan hebat, Kedah pula bersandarkan tonggak berwibawa yang sudah pasti tidak mahu kecewa selepas melangkah jauh sehingga ke Bukit Jalil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan