ARKIB : 14/01/2005
HASMAWI Hassan, pemain kontroversi yang membatalkan perkahwinan pada
saat-saat akhir baru-baru ini, masih mampu beraksi dengan baik walaupun
menjadi bahan sorakan penonton ketika turun mewakili pasukannya, Kedah
menentang Pulau Pinang pada perlawanan bola sepak amal bagi membantu
mangsa tsunami, di Stadium Bandaraya, kelmarin, lapor Ahmad Syahir
Kassim.
Pemain berusia 24 tahun itu menjadi bahan ejekan penyokong fanatik tuan rumah yang juga merupakan pasukan lamanya, setiap kali dia menyentuh bola.
Namun, bagi pemain yang berasal dari Bukit Mertajam itu, sorakan dan ejekan adalah lumrah dan asam garam bagi seorang pemain bola sepak.
``Tak apalah mereka (penonton) nak kata apa pun. Saya tidak kisah. Lagi pun sebagai pemain profesional saya perlu terima semua itu,'' katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.
Hasmawi berkata, sorakan itu tidak menjejaskan persembahannya, sebaliknya menjadi pendorong kepadanya untuk beraksi dengan baik bagi membantu kemenangan pasukan.
Perlawanan yang bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai untuk disalurkan kepada mangsa bencana ombak besar tsunami itu dimenangi pasukan tuan rumah 1-0 menerusi jaringan penyerang import, Viatcheslav Melnikov pada minit ke-47.
Sebanyak RM10,000 berjaya dipungut menerusi kutipan tiket dan tabung bergerak.
Menyentuh isunya yang pernah menggemparkan sukan bola sepak tanah air Hasmawi berkata, pada masa ini beliau mahu melupakan kontroversi tersebut, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerjaya.
``Saya pun tidak mahu ingat lagi perkara itu. Tumujarnya.
Pada 18 Disember lepas, Norlida, seorang jururawat terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan apabila Hasmawi didakwa memutuskan pertunangan mereka kira-kira 19 jam sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung.
Bagaimanapun, keluarga Norlida tetap meneruskan majlis kenduri di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, Kluang Johor kerana kad jemputan telah dihantar.
Selepas membatalkan majlis perkahwinan berkenaan, Hasmawi menghilangkan diri enam hari tetapi keluar semula daripada `persembunyian' Khamis lalu di rumah keluarganya di Bukit Mertajam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan