Wartawan Sinar
Harian
22 Mei 2017
Hadiah untuk
semua penyokong Lang Merah
Pemain, staf
kejurulatihan dan pengurusan Lang Merah meraikan kejayaan menjulang Piala FA
edisi ke-28.
KAPTEN Kedah,
Khairul Helmi Johari menyifatkan kejayaan menjulang Piala FA musim ini hasil
kerjasama baik dan semangat berpasukan.
Beliau berkata,
tanpa komitmen 100 peratus pemain di padang dan sokongan padu pengurusan serta
staf kejurulatihan mana mungkin piala tersebut dapat di bawa pulang ke Alor
Setar.
"Saya
sangat bersyukur kerana kita dapat beri persembahan terbaik dan menjulang Piala
FA musim ini.
"Tanpa
kerja keras dan komitmen daripada semua pihak pastinya sukar untuk kami
merealisasikan impian ini dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih kepada semua pihak terutama penyokong yang sentiasa berada di belakang
kami.
"Piala ini
kami dedikasikan untuk semua penyokong yang tidak putus-putus memberikan
sokongan dan semangat kepada kami daripada awal hingga tamat perlawanan,"
katanya.
Bagaimanapun,
Khairul Helmi meminta semua pemain untuk tidak terlalu berpuas hati dengan
kejuaraan piala kedua musim ini.
Baginya
perjalanan musim masih lagi panjang dan beliau berharap rakan sepasukannya
dapat kembali fokus kepada baki saingan Liga Super dan saingan Piala Malaysia
yang akan bermula tidak lama lagi.
SUMBER-SINAR
HARIAN ONLINE 22 MEI 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan