KEN ILSO menjaringkan gol
pertam pasukan Kedah dalam aksi final Piala FA menentang Pahang di Stadium Shah
Alam, sebentar tadi.
20 Mei 2017 11:02 PM
SHAH ALAM 20 Mei - Kedah muncul
juara Piala FA buat kali keempat selepas menundukkan Pahang 3-2 di Stadium Shah
Alam, di sini sebentar tadi.
Kedah membuka tirai jaringan
pada minit ke-20 menerusi penyerang dari Denmark, Ken Ilso yang menerima
hantaran lintang menarik daripada Mohd. Syazwan Zainon untuk mendahului Pahang
1-0.
Kedah hampir menggandakan
jaringan selang tujuh minit kemudian bagaimanapun rembatan import dari Brazil,
Sandro da Silva melewati palang selepas menerima hantaran daripada Ilso.
Pahang menerima tamparan hebat
apabila terpaksa beraksi 10 pemain apabila pemain tengah, Francisco Insa
dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua kerana mengasari Mohd.
Rizal Mohd. Ghazali pada minit ke-33.
Situasi tersebut memberi
kelebihan kepada skuad Lang Merah apabila mereka mudah memasuki kubu lawan
malah pada minit ke-46 Kedah menggandakan jaringan menerusi rembatan Baddrol
Bakhtiar selepas berlaku kucar-kacir di depan gawang gol Pahang.
Biarpun beraksi 10 pemain
Pahang berjaya mengurangkan defisit gol menerusi rembatan pertahanan, Heo
Jae-won yang berpunca daripada sepakan sudut Jorge Romero pada minit terakhir
babak kedua.
Baddrol kemudian meledak gol
peribadi keduanya selepas mudah menolak masuk bola hantaran Ilso pada minit
ke-74.
Perlawanan terus berlangsung
sengit apabila Tok Gajah kembali merapatkan jurang menerusi tandukkan Mohamadou
Sumareh pada minit ke-80 untuk meletakkan kedudukan 3-2 dan keputusan itu kekal
sehingga tamat permainan-SUMBER-UTUSAN ONLINE 20.5.2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan