ARKIB : 05/12/2004
KETUA pasukan Kedah, Megat Amir Faisal memohon maaf kepada pihak
pengurusan, rakan sepasukan dan rakyat negeri atas kesilapannya yang
membawa malapetaka kepada skuad Hijau Kuning apabila tewas 0-1 dalam
perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil,
semalam.
Megat mengakui akan kesilapannya betapa dia terlalu alpa dan kurang tumpuan ketika cuba menolak bola lontaran ke dalam pemain pertahanan Perlis, Adrien Jurad Chamrong yang kemudiannya melantun masuk ke gol sendiri.
``Saya tidak akan lupakan sepanjang umur hidup saya akan kesilapan yang tidak sepatutnya saya lakukan, inilah kenangan paling pahit dalam sejarah bola sepak saya.
``Saya ingin mohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Kedah terutama pihak pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukan yang bermain dalam perlawanan akhir kerana kesilapan yang saya lakukan membawa padah kepada Kedah,'' ujar Megat dengan nada sebak ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.
Malam paling pahit buat Megat berlaku pada minit ketujuh apabila Jurad membuat lontaran ke kawasan kotak penalti Kedah.
Bola tersebut tepat ke arah ketua pasukan Kedah itu yang melonjakkan diri untuk cuba menepis bola, tetapi usahanya kurang berkesan dan bola jatuh di belakangnya sebelum melantun melepasi garisan gol, sekali gus membolehkan Perlis menjulang Piala Malaysia buat pertama kali.
Megat menegaskan, kesilapan itu bukan disengajakan dan tidak menjangkakan keadaan itu sebaliknya melenyapkan impian menggunung Kedah untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga.
``Malam ini mungkin sukar untuk saya melelapkan mata, apa yang terjadi benar-benar menjadi igauan buruk saya,'' ujarnya.
Ketika ditanya sama ada dia akan terus bersama skuad Hijau Kuning musim depan, Megat enggan memberi sebarang komen.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan