Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ketua pasukan
Kedah Khairul Helmi Johari (gambar) menegaskan mahu mengakhiri penantian
sembilan tahun untuk membawa pulang Piala FA selepas kali terakhir memenangi
trofi berkenaan pada 2008.
Menurut Helmi, kejayaan
memenangi Piala Malaysia (musim lalu) dan Piala Sumbangsih (musim ini) menambah
keazaman pemain untuk menghadiah trofi ketiga kepada skuad Helang Merah itu.
“Memang menjadi hasrat kami
untuk memenangi Piala FA kerana Kedah sudah lama tidak memenanginya selepas
kali terakhir pada 2008.
“Musim ini, berdasarkan
kedudukan kita di tangga ketiga liga (Liga Super), saya yakin peluang meraih
gelaran Piala FA tetap ada walaupun Pahang juga bukan calang-calang pasukan.
“Apa yang saya harapkan rakan
sepasukan dapat beraksi baik dan mengikut segala perancangan jurulatih,”
katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.
Pada 2008 ketika aksi final
Piala FA yang menyaksikan Kedah muncul juara, Helmi tidak berpeluang bermain
manakala pada 2010, mereka sekadar bergelar naib juara selepas tewas kepada
Negeri Sembilan menerusi penentuan sepakan penalti.
Ketika ini semua pemain berada
dalam keadaan baik kecuali pertahanan dari Australia Zachary Michael Anderson
yang mengalami sedikit kecederaan.
Helmi yang lebih mesra dengan
panggilan Keon, mengakui jika Anderson tidak dapat berganding dengannya dalam
perlawanan hari ini, dia percaya rakan sepasukan lain mampu mengisi kekosongan
ditinggalkan pertahanan dari Australia itu.
SUMBERArtikel ini disiarkan
pada : Sabtu, 20 Mei 2017 @ 4:30 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan