ARKIB : 05/12/2004
HILANG konsentrasi selepas kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal
yang memberikan kemenangan kepada Perlis pada perlawanan akhir bola
sepak Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam menjadi
punca Kedah gagal bangkit untuk sekurang-kurangnya mencari gol
penyamaan.
Jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, biarpun Kedah menguasai sebahagian besar perlawanan, pemain jelas hilang konsentrasi selepas gol itu walaupun mereka memiliki banyak peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.
``Tetapi seperti yang pernah saya kata dan jangkakan sebelum ini, sesiapa yang membuat kesilapan akan menerima padah. Malang itu menimpa Kedah hari ini dan nyata jangkaan saya tepat,'' katanya.
Begitupun, jurulatih itu tidak kecewa dengan kesungguhan anak buahnya mencari gol penyamaan biarpun banyak peluang diperoleh.
``Gol itu datang terlalu awal dan tidak disangka-sangka. Tetapi peluang kita banyak. Hasmawi Hassan dan Marcos Magno mendapat peluang terbaik tetapi mereka gagal menyempurnakannya,'' katanya.
Mohd. Azraai bagaimanapun berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sepanjang kempen Piala Malaysia ini jika melihat kepada kedudukan itu dalam kempen liga.
``Kami berada di tangga terbawah liga tetapi kami mampu bangkit dan bermain cemerlang dalam Piala Malaysia. Saya rasa lebih daripada berpuas hati dengan prestasi pasukan ini,'' ujarnya.
Sementara itu jurulatih Perlis, Norizan Bakar menganggap kejayaan anak buahnya membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama ke Perlis adalah anugerah dari Allah.
``Ia adalah hasil daripada kerjasama semua pihak, komitmen pemain yang tidak berbelah bahagi dengan semangat juang yang tinggi yang membolehkan kami mencapai kejayaan besar ini. Saya ucapkan syabas kepada semua pemain,'' katanya.
Norizan berkata, beliau tidak kecewa dengan persembahan pasukannya yang kurang baik berbanding Kedah terutama pada babak pertama perlawanan.
``Memang kami tidak bermain baik pada separuh masa pertama tetapi itulah bola sepak, hanya menunggu siapa yang buat silap,'' tambahnya.
Gol tunggal perlawanan itu yang memberikan kemenangan kepada Perlis terhasil pada minit ketujuh menerusi lontaran jauh Adrien Jurad Chamrong ke depan gawang Kedah.
Megat melonjak untuk menangkap bola lontaran itu tetapi dia bola tangkapannya terlepas ke belakang dan menerjah ke jaring sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan