ARKIB : 02/12/2004
TIGA tonggak Kedah yang pernah membawa cabaran Pulau Pinang suatu
ketika dahulu sudah tidak sabar untuk menjulang piala paling berprestij
selepas berjaya menyimpan kenangan manis menjuarai Piala Liga dan Piala
FA.
Ketua pasukan, Megat Amir Faisal yang juga penjaga gol, Hasmawi Hassan dan Ooi Hoe Guan tidak mahu usaha memburu Piala Malaysia kali ini sia-sia selepas gagal mendapatkannya dengan pasukan Pulau Pinang.
Menurut Hasmawi, dengan Pulau Pinang dia hanya merasai kejuaraan Piala Liga dan Piala FA tetapi usahanya bersama rakan-rakan sepasukan untuk membawa pulang Piala Malaysia gagal.
``Tetapi peluang terhidang kali ini dengan pasukan baru, Kedah dan sudah tentu saya mahu mendapatkannya walaupun menyedari pasukan bakal dihadapi juga handal iaitu Perlis,'' katanya.
Hoe Guan pula bersependapat dengan Hasmawi, memberitahu bahawa pengalaman beraksi dalam dua perlawanan akhir itu akan digunakan sepenuhnya bagi memenuhi impian membawa pulang Piala Malaysia.
``Walaupun final yang berbeza, sekurang-kurangnya saya dan Hasmawi mempunyai pengalaman sedikit sebanyak untuk menyerap sorakan penyokong supaya aksi kami tidak terganggu,'' katanya.
Kata Hoe Guan, mereka cukup terkilan kerana tidak dapat menjulang Piala Malaysia dan sentiasa mengharapkan supaya Kedah layak ke perlawanan akhir.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan