ARKIB : 19/05/2005
Pemain Pahang, Andy Helmi
Tajuddin Nor (kiri) dibentes pemain pertahanan Selangor, D. Surendran pada
saingan bola sepak Piala FA di Stadium Darul Makmur malam tadi.
KUALA LUMPUR - Selangor
mengesahkan tempat ke pusingan kedua bola sepak Piala FA walaupun sekadar
mencatat keputusan seri 1-1 pada saingan kedua bertemu Pahang di Stadium Darul
Makmur, semalam.
Selangor mara menerusi agregat
5-2 selepas menang 4-1 pada saingan pertama di Stadium Shah Alam pada 23
Februari lalu.
Pahang yang menurunkan
sebahagian besar daripada pemain muda membuka tirai jaringan menerusi rembatan
Eswady V. Mokhtar minit ke-24 sebelum Selangor menyamakan kedudukan menerusi
Mohd Shukor Adan pada minit ke-50.
Di Kompleks Sukan MPSJ, juara
musim lalu Perak layak ke pusingan kedua selepas menumpaskan Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MPSJ) 3-0 dan mara menerusi agregat 4-0.
Pada pusingan pertama Perak
menang 1-0 di Stadium Perak.
Di Stadium Darul Aman, Kedah
turut mara ke pusingan kedua setelah menewaskan Negeri Sembilan 1-0.
Kemenangan itu memastikan Kedah
mara menerusi agregat 4-0 selepas menang 3-0 pada saingan pertama.
Di Stadium Sultan Mohd. Ke-IV,
Kelantan turut mara selepas mencatat kemenangan besar menewaskan Melaka 4-0.
Kemenangan ini memastikan
Kelantan mara dengan agregat 5-0.
Di Stadium Petaling Jaya, MPPJ
tersingkir walaupun seri 1-1 dengan Terengganu.
Terengganu layak ke pusingan
kedua menang menerusi agregat 3-2.
Di Stadium MPS Selayang, MK
Land turut layak selepas menang dengan agregat 5-3 walaupun seri 2-2 bertemu
Jenderata.
Di Stadium Likas, Sabah
menepati ramalan untuk turut layak selepas menewaskan NTFA 4-0 dan mara
menerusi agregat 5-3.
Pada perlawanan pertama Sabah
tewas 1-3.
Di Stadium Hang Jebat, Telekom
hampa apabila tumpas 0-3 kepada Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur yang tewas 0-1
pada perlawanan pertama layak ke pusingan kedua menerusi agregat 3-1.
Di Stadium Bola Sepak Kuala
Lumpur, Public Bank layak selepas menewaskan Polis 6-0 dan The Bankers mara
menerusi agregat 9-0.
Di Stadium Temerloh pula,
Kuantan Port/Shahzan Muda mencapai keputusan seri 3-3 dengan Proton.
Bagaimanapun, Kuantan Port/
Shahzan Muda layak ke pusingan kedua apabila menang menerusi agregat 7-3 pada
saingan pertama mereka menang 4-0.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4iUIkmZnc
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan