ARKIB : 03/05/2005
PEMAIN Selangor, Nazzab Hidzan
(kiri) cuba menyekat pergerakan pemain Kedah, Mendez Gabriel dalam aksi bola
sepak Kumpulan A, Liga Perdana di Stadium Darul Aman, kelmarin. Kedah menang
4-1.
ALOR STAR - Kemenangan bergaya
ke atas pasukan Merah Kuning dalam perlawanan Liga Perdana bagi Kumpulan A di
Stadium Darul Aman Alor Star semalam membuktikan percaturan skuad Kenari
menurunkan pemain muda menepati jangkaan.
Pemain muda ternyata bukan
sahaja berjaya mengekang kemaraan barisan penyerang pasukan pilihan yang
memiliki pemain handalan tetapi mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan.
Perkara ini diakui jurulatih
Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah selepas sahaja Kedah membenam Selangor 4-1
malam tadi sekali gus menurunkan pasukan elil Lembah Kelang dari tangga teratas
ke tangga kedua.
Mohd Azraai mengakui barisan
pemain muda seperti Mohd Khyril Muhymeen, Amirul Nizam Mahadzir, Mohd Sany Mat
Isa, Saramsak dan K. Soley tidak menghampakan kerana gandingan mereka bersama
pemain lain sering mengancam kubu Selangor.
Ketika tumpuan pertahanan
Selangor diberikan kepada penyerang kebangsaan Akmal Rizal Rakhli dan penyerang
import Yahaya Yakubu memberi ruang yang luas kepada Mohd Kyril dan Hasmawi
Hassan meledakkan tiga gol pada separuh masa pertama.
Malah Selangor amat bernasib
baik kerana dihadiahkan satu gol sagu hati oleh pemain Kedah sendiri sementara
banyak peluang keemasan untuk menambah gol dilepaskan oleh pemain tuan rumah.
``Ternyata pertaruhan kita
menjadi walaupun menurunkan barisan pemain muda kita berjaya menjinakkan
Selangor,'' katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.
Katanya, gandingan mantap Akmal
Rizal Rakhli, Hasmawi Hassan dan pemain import Yahaya Yakubu sering mengancam
kubu lawan.
``Saya bersyukur kemampuan
anak-anak buah saya berjaya mengikat kemaraan pemain Selangor seperti Bambang
Pamungkas dan Elie Aiboy yang dianggap merbahaya jika tidak dikawal ketat.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4iShgib2I
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan