Isnin, 29 Mei 2017

Kedah buat Selangor `merah padam'



 
ARKIB : 02/05/2005
PENYERANG MK Land, Marlon Alex James (tiga dari kiri) berjaya melakukan tandukan dalam satu pergelutan di depan pintu gol TNB Kelantan pada aksi bola sepak Kumpulan A, Liga Perdana di Stadium Selayang, Selangor, semalam. MK Land menang 5-0, sekali gus melonjak ke tangga teratas kumpulan tersebut.

KUALA LUMPUR - Kedah membuktikan betapa mereka lebih handal berbanding Selangor yang dibarisi pemain bergelar bintang apabila mudah menjinakkan skuad Merah Kuning dengan kemenangan bergaya 4-1 dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Star, semalam.

Kemenangan milik Kedah memaksa Selangor melepaskan genggaman sebagai pendahulu Liga buat kali kedua kepada MK Land yang turut cemerlang menewaskan TNB 5-0.

Di hadapan kira-kira 35,000 penonton memakai pakaian Hijau Kuning memenuhi setiap ruang Stadium Darul Aman, memulakan kebangkitan Kedah.

Empat gol dihasilkan adalah menerusi pemain muda Khyril Hamid pada minit ke-11 diikuti ledakan Hasmawi Hassan (m-16 dan m-40) dan sepakan penalti Akmal Rizal Rakhli (m-46) manakala gol saguhati Selangor atas jaringan sendiri pemain Kedah.

Di Stadium Selayang, MK Land membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu diberikan perhatian dengan meneruskan kebangkitan apabila mudah menewaskan TNB 5-0.

Kemenangan buat kali ketiga berturut-turut itu membolehkan MK Land merampas takhta daripada genggaman Selangor yang tumpas 1-4 di Stadium Darul Aman.

Di Stadium Negara Hasanal Bolkiah, Mohamad Subhi muncul hero apabila jaringan tunggalnya membantu Brunei menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur.

Gol kemenangan Brunei itu dihasilkan pada minit ke-21.

Di Stadium Hang Tuah, Melaka terpaksa akur dengan kehebatan apabila tewas 1-2.

Dalam saingan Kumpulan B pula, Terengganu gagal mempertahankan kedudukannya di tempat kedua apabila menerima kejutan tewas 1-3 kepada PKNS di Stadium Petaling Jaya.

Skuad Penyu terpaksa melepaskan kedudukan kepada PKNS di tangga kedua selepas terikat dengan 22 mata tetapi dipisahkan dengan kelebihan jaringan.

Di padang UiTM Shah Alam, Negeri Sembilan tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Polis 2-1.

Kemenangan itu membolehkan Negeri Sembilan terus kekal sebagai pendahulu liga Kumpulan B.

Di Stadium Jcorp Pasir Gudang, Johor FC berjaya menewaskan Johor 2-0.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah gagal menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila sekadar mampu seri 0-0 dengan Jenderata

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4iSTjWMdw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan