ARKIB : 07/03/2005
KUALA LUMPUR -ÊKeunggulan
Selangor dalam kempen Kumpulan A bola sepak Liga Perdana nyaris dilenyapkan
oleh naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kedah apabila seri manakala
persaingan dalam Kumpulan B pula terus tertumpu kepada Negeri Sembilan dan
Terengganu.
Bermain di hadapan penyokong
sendiri, Selangor terpaksa berpuas hati dengan perkongsian mata setelah seri
1-1 dengan Ke-dah di Stadium Shah Alam, keputusan seri pertama mereka selepas
lima perlawanan.
Khalid Jamlus meletakkan
Selangor di depan pada minit ke-44 tetapi kesilapan pemain pertahanan Selangor,
Mohd. Saifu Nizam Husin menjatuhkan Shandiel Bobbie Jo Samuel di kawasan
penalti seminit sebelum rehat membawa padah. Akmal Rizal Rakhli menyamakan
kedudukan menerusi sepakan penalti.
Keputusan tersebut bagaimanapun
masih mengekalkan kedudukan Selangor sebagai pendahulu Kumpulan A dengan 13
mata di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Kedah pula merosot satu anak
tangga ke tempat keempat dengan sembilan mata, dipintas oleh Kuala Lumpur yang
menewaskan Brunei 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk mengutip
10 mata.
Pasukan di tempat kedua, MK
Land pula bernasib baik untuk mencatat seri 1-1 dengan TNB Kelantan di Stadium
Sultan Mohammed, Kota Bharu.
Gol sendiri pemain TNB, Mohd.
Zaidi Mat Ail pada minit ke-51 meletakkan MK Land di depan sebelum Roshadi
Wahab menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-83 buat tuan rumah.
Kelab kerdil, NTFA Pulau Pinang
pula mencipta kejutan apabila menundukkan Melaka 2-0 di Stadium Negeri, Batu
Kawan hasil jaringan L. Ravi (minit 61) dan Ibironke Tobi (86) untuk mengutip
mata pertama mereka.
Kemenangan itu membantu NTFA
melonjak dua anak tangga ke tempat keenam, mengatasi Melaka di tempat ketujuh
dengan kelebihan gol manakala TNB di tangga tercorot kumpulan.
Negeri sembilan dan Terengganu
pula terus bersaing sengit dalam Kumpulan B setelah mengatasi lawan
masing-masing dengan gaya berbeza semalam.
Pasukan tangga teratas, Negeri
Sembilan menang selesa 3-0 ke atas pasukan lemah, Polis di Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi manakala Terengganu menang 1-0 ke atas pencabar kuat, PKNS.
Menghadapi lawan mudah, Negeri
Sembilan sudah dijangka menang selesa tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga
minit ke-44 untuk memperoleh gol pertama menerusi Abdulateef Seriki. Dua lagi
gol dijaringkan oleh K. Rajan (minit 83) dan sepakan penalti Bekamenga Aymard
(89).
Negeri Sembilan terus disaingi
rapat oleh Terengganu yang melepasi halangan getir PKNS Selangor dengan
keputusan 1-0 hasil percubaan jarak jauh jaringan Rosairil Asrul Mat Nor pada
minit ke-85 di Stadium Sultan Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.
Negeri Sembilan dan Terengganu
kini hanya dipisahkan oleh perbezaan jumlah gol setelah masing-masing mengumpul
12 mata selepas lima perlawanan.
Johor FC pula menundukkan Johor
1-0 di Stadium Larkin, Johor Bahru, kemenangan pertama mereka setelah seri
dalam dua perlawanan sebelum ini.
Sarawak pula menang besar 4-1
ke atas Jenderata di Stadium TLDM, Lumut untuk melonjak dua anak tangga ke
tempat ke lima di atas Johor FC berdasarkan kelebihan gol setelah masing-masing
mengutip lima mata.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4iBNyC6mh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan