KAPTEN Perak, Ahmad Shahrul
Azhar (tengah) dihalang pemain Kedah, Victor Andrag (kanan) dan Shafizan Hashim
pada aksi Liga Super di Stadium Perak kelmarin.
PENGURUS pasukan Kedah, Datuk
Othman Aziz muncul individu paling gembira selepas menyaksikan anak buahnya
mencipta kemenangan 5-2 ke atas Perak pada aksi Liga Super di Stadium Perak,
Ipoh malam kelmarin.
“Saya berbangga dengan
persembahan mantap yang ditunjukkan barisan pemain Kedah sehingga berjaya
menewaskan musuh tradisi, Perak walaupun beraksi di gelanggang lawan,” jelas
Othman.
Othman berkata, semangat juang
yang dipamerkan barisan mudanya pada perlawanan itu telah menunjukkan bahawa
mereka adalah pemain yang hebat.
Menurutnya, walaupun terdapat
beberapa insiden kekasaran pada perlawanan tersebut, namun pemainnya dapat
menyerap tekanan daripada pemain tuan rumah.
“Pemain berjaya mengekalkan
fokus mereka dan terus bangkit walaupun ketinggalan pada awal permainan,” kata
Othman.
Tambahnya, kemenangan ini telah
mematangkan lagi barisan pemain mudanya yang begitu ghairah memburu gol pada setiap
perlawanan.
Gol-gol Kedah telah dijaringkan
oleh Mohd. Khyril Muhymeen pada minit keenam, Badrul Bakhtiar (17), Marlon Alex
James (59, 69) dan Hasmawi Hassan (85).
Manakala Perak pula memperoleh
jaringan menerusi Mohd. Khalid Jamlus pada minit ketiga dan Mohd. Noor Hazrul
(14).
“Saya juga tidak lupa untuk
mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada pemain dan jurulatih kerana
berjaya dalam perlawanan yang boleh dikatakan mencabar pada musim ini,” kata
Othman.
Menurut Othman, beliau berharap
pemainnya dapat mengekal rentak permainan pada perlawanan menentang Negeri
Sembilan Naza di Stadium Darulaman, Alor Star malam esok.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0114&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4w8KVwDMV
Hakcipta terpelihara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan