ARKIB : 05/08/2007
Tonggak Perak, Khalid Jamlus
(dua dari kiri) melakukan hatrik untuk membantu pasukannya mengatasi Sarawak
4-2 di Kuching, malam tadi, namun kemenangan itu belum cukup untuk menyekat
Kedah muncul juara selepas mengatasi Brunei DPMM 1-0 di Stadium Negara Hasanal
Bokiah.
KUALA LUMPUR Kedah mendakap
gelaran kedua apabila dinobatkan selaku juara Liga Super musim 2006/07 selepas
menewaskan Brunei DPMM 1-0 pada perlawanan terakhir di Stadium Negara Hasanal
Bolkiah.
Gol tunggal jaringan K. Solai
cukup melegakan skuad Hijau Kuning merangkul kejuaraan kedua selepas memenangi
Piala FA menyingkirkan Perlis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada 30
Jun lalu.
Kemenangan itu membolehkan
Kedah menutup tirai kempen Liga Super musim ini dengan mengutip 55 mata
mengetepikan saingan terdekat Perak menewaskan Sarawak 4-2 di Stadium Sarawak.
Kemenangan manis buat Kedah
mencerahkan laluan memburu Piala Malaysia pula.
Pada saingan suku akhir
pertama, Kedah akan menentang Melaka 9 Ogos ini di Stadium Darul Aman dan
perlawanan kedua pula pada 15 Ogos ini.
Di Stadium Sarawak, jaringan
hatrik Muhammad Khalid Jamlus tidak berupaya membantu Perak mengatasi Kedah
menjulang Liga Super walaupun menang 4-2 ke atas Sarawak.
Kemenangan itu menyaksikan
Khalid mencipta hatrik minit ke-15, 77 dan 90 membolehkan Perak muncul naib
juara.
Satu lagi gol Perak dijaringkan
oleh Keita Mandjou pada minit ke-33 manakala dua gol Sarawak diperoleh menerusi
Irwandy Jempaka (m-20) dan Romeo Kambou (m-68).
Di Stadium Utama, Kangar,
Perlis tidak berdepan tugas sukar apabila membelasah Pahang 5-1.
Gol-gol Perlis dijaringkan oleh
Zachariah Simukonda (m-28, 45), Philimon Chepita (31,48) dan Azlan Ismail (38).
Gol sagu hati pelawat
dijaringkan oleh Azizul Kamaluddin di minit ke-44.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman,
Paroi, Negeri Sembilan seri 1-1 dengan Johor FC.
Bekas pemain kebangsaan, Liew
Kit Kong membuka jaringan pertama tuan rumah pada minit ke-35 tetapi pada minit
ke-75 Eddy Helmi Manan menyamakan kedudukan.
Di Stadium Hang Jebat, Selangor
menewaskan Melaka 3-1.
Di Stadium MBPJ, Telekom Melaka
menewaskan Pulau Pinang 2-1.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4vCOmaFMj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan