WARTAWAN SINAR
HARIAN
19 SEPTEMBER 2016
Persefahaman
pemain Lang Merah semakin mantap Shane (tengah) meraikan jaringan bersama rakan
semasa aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di
Stadium Darul Aman, kelmarin. - Foto: Bernama
KEJAYAAN Kedah
melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia adalah hasil gigih semua pemain
selepas cemerlang menyingkirkan Negeri Sembilan di suku akhir dengan agregat
5-0 di Stadium Darul Aman, kelmarin.
Ketua
jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, beliau berharap momentum itu diteruskan
pada aksi seterusnya menentang PDRM.
Menurutnya,
jentera serangan diketuai Thiago Augusto Fernandes dan Shane Edward Smeltz
berfungsi dengan baik malah persefahaman tinggi di kalangan pemain menyumbang
kemenangan besar Lang Merah.
“Kedua-dua
penyerang itu mendapat keserasian dan mahu persefahaman mereka ditingkatkan
lagi, walaupun sudah menunjukkan kemampuan menjaringkan gol tetapi saya percaya
keserasian pemain masih boleh lagi.
"Kehadiran
puluhan ribu penyokong setia yang memenuhi stadium juga tidak dinafikan berjaya
meningkatkan motivasi pemain,” katanya pada sidang media.
Katanya, The Cops
lawan mereka di separuh akhir, bukan calang-calang pasukan kerana berjaya
menewaskan Kelantan dan Hijau Kuning perlu memikirkan strategi memerangkap lawan pada pertemuan pertama
nanti.
Sebelum itu pada
perlawanan berkenaan, Shane meletakan tuan rumah di depan minit ke-24 sebelum
menambah jaringan m-32.
Thiago meletakkan
Kedah semakin selesa 3-0 pada minit ke-37 selepas satu serangan balas melalui
Syazwan Zainon yang berjaya disudahkan dengan baik penyerang Brazil itu.
Babak kedua
Thiago menjarakkan lagi kedudukan kepada 4-0 selepas empat minit separuh masa
kedua bermula.
Menuju penghujung
perlawanan, Liridon Krasniqi memastikan malam gemilang Hijau Kuning apabila
menjaringkan gol kelima pada m-86.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 19 SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan