Jumaat, 16 September 2016

Moral Lang Merah tinggi

WARTAWAN SINAR HARIAN
17 SEPTEMBER 2016
 Tan Cheng Hoe
Tan Cheng Hoe Tan Cheng Hoe
KEYAKINAN pemain Kedah semakin meningkat selepas mencatat kemenangan bermakna ke atas Perak pada saingan Liga Super, baru-baru ini.

Situasi itu menurut Tan Cheng Hoe membakar semangat pemainnya menjelang pertembungan suku akhir kedua bertemu Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, malam ini.

“Pemain-pemain sudah bersedia dan saya gembira semuanya bebas dari kecederaan untuk perlawanan esok (malam ini).

“Apa yang boleh saya katakan, tahap keyakinan pemain semakin meningkat selepas menang dengan Perak tempoh hari dan saya percaya dengan keyakinan ini kami mampu mengatasi Negeri Sembilan di laman sendiri untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Apa pun saya tetap mengingatkan mereka untuk tidak terlalu agresif dalam mencipta serangan dan sentiasa waspada dengan serangan balas lawan yang mungkin boleh menghukum pasukan,” ujarnya.

Kedah yang bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri memerlukan kemenangan untuk mara ke separuh akhir selepas hanya seri tanpa jaringan pada pertemuan pertama di Paroi.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE  17 SEPTEMBER 2016


Tiada ulasan:

Catat Ulasan