18 SEPTEMBER 2016
KFA Persatuan Bola Sepak Kedah
PERSATUAN Bola Sepak Kedah
(KFA) akan mempertimbang ganjaran setimpal kepada skuad Kedah yang berjaya
melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.
Menteri Besar yang juga
Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata prestasi ditunjukkan
pemain pada masa ini amat baik setelah berjaya menundukkan Negeri Sembilan 5-0
pada aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam tadi.
"Mengenai ganjaran kami
akan pertimbangkan kerana seperti sebelum ini KFA ada memberi imbuhan kepada pemain
tetapi apa yang penting sekarang supaya pemain dapat bermain sehabis baik di
padang.
"Saya yakin dengan
pengalaman dan semangat kesukanan yang ada pada pemain kami dapat membawa
pulang Piala Malaysia ke bumi Kedah," katanya ketika ditemui pemberita di
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.
Ahmad Bashah turut meminta
penyokong skuad Lang Merah untuk terus memberi sokongan bagi menyemarakkan
semangat pemain, sekali gus mempamerkan aksi yang cemerlang.
Kedah akan menentang pasukan
PDRM pada perlawanan separuh akhir Piala Malaysia pada 30 September ini. - Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 18
SEPTEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan