WARTAWAN SINAR HARIAN
1 NOVEMBER 2016
Pemain Kedah pamer karakter
juara Pemain Lang Merah meraikan kejayaan selepas menewaskan Selangor pada
final Piala Malaysia 2016 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
PEMAIN tengah Kedah, Amirul
Hisham Awang Kechik akui semangat juang tinggi dimiliki rakan sepasukannya
adalah senjata utama membolehkan Lang Merah menjulang Piala Malaysia di Stadium
Shah Alam, kelmarin.
Katanya, pujian harus diberi
kepada pemain Kedah kerana tampil aksi terbaik dalam mencari kemenangan
sepanjang 120 minit permainan.
"Tahniah kepada semua
pemain kerana memberi komitmen tinggi sepanjang perlawanan sehingga memberi
kejayaan kepada pasukan.
“Walaupun diheret ke penalti
dan bermain dalam hujan, tapi pemain tetap tenang untuk pastikan kemenangan
milik Kedah.
"Ini kejayaan bermakna
buat kami, saya harap ia dapat dikekalkan tahun depan," katanya.
Ketika ditanya kegagalannya
menyempurnakan peluang untuk memberi kemenangan awal kepada Kedah selepas
sepakan penalti pemain Selangor menerusi Hafiz Kamal diselamatkan oleh Ifwat
Akmal Che Kassim, Amirul akui kesilapannya.
"Memang rasa kecewa
lebih-lebih lagi ketika itu semua berharap dengan sepakan penalti yang akan
menentukan kemenangan Kedah, tapi bukan rezeki kejayaan itu datang dari saya.
"Apa pun, saya gembira
kerana semua pemain berfikir positif dan jalankan tugas dengan baik,"
katanya.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 1
NOVEMBER 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan