Selasa, 29 November 2016

Kedah tercicir mata berharga

ARKIB : 04/04/1999
KEDAH melepaskan peluang memungut tiga mata penuh apabila tewas 10-11 kepada Kuala Lumpur menerusi penentuan penalti dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Satu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam, lapor NIZAM HAMID.

Skuad Hijau Kuning sepatutnya memungut tiga mata penuh setelah mendahului pasukan pelawat 2-0 tetapi minit-minit terakhir perlawanan menyaksikan Kuala Lumpur bangkit mencari gol penyamaan.

Keputusan 2-2 memaksa penentuan dibuat menerusi penalti dengan kemenangan berpihak kepada Kuala Lumpur setelah tiga belas tendangan diambil.

Ahmad Zalghafari Manaf yang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana mencipta rekod peribadi menjaringkan dua gol lagi untuk dirinya.

Dalam serangan bertali arus Kedah, Ahmad Zalghafari sekali lagi menggegarkan stadium apabila berjaya melepaskan diri daripada sebelah kiri padang dan menyepak bola ke gawang. Shaharuddin Ahmad cuba menangkap bola tetapi bolos ke dalam gawang ketika dia cemas melihat terpaan Cheah Kean Seng.

Pada minit ke-40, Cheah Kean Seng pula berjaya melepaskan diri tetapi penjaga gol, Shaharuddin Ahmad membuat asakan keras menjatuhkannya.

Pengadil, Mohd. Shukri Mat Amin bertindak tegas dengan mengeluarkan kad merah kepada Shaharuddin yang diiringi ejekan penyokong Hijau Kuning.

Pada minit ke-48, gerakan cantik oleh Mohd. Farouk Ismail kepada Ahmad Zalghafari yang berada di hadapan gawang. Penyerang itu tidak mengecewakan penyokong tuan rumah menyepak kencang ke gawang menewaskan Kamarul Idham Amirudin.

K. Hemadass yang masuk menggantikan Azmir Nor Hakim bagaimanapun memecahkan kebuntuan Kuala Lumpur apabila merembat masuk bola ke gawang Kedah pada minit ke-85.

Gol itu memberi suntikan kepada Kuala Lumpur untuk M. Eswaran mendapatkan gol penyamaan ketika berlaku pergelutan di hadapan gol.

Stadium Likas, Sabah menamatkan kemarau golnya dan menjadikan Brunei mangsa pertama mereka apabila menewaskan pasukan jiran itu 2-1.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0404&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4RRy9xC1X © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan