31 Oktober 2016 12:19 AM
piala malaysia
Penjaga gol Selangor, Khairul
Azhan (kiri), cuba melakukan bentesan keatas pemain Kedah sewaktu Perlawanan
Akhir TM Piala Malaysia 2016, di Stadium Shah Alam, di sini malam tadi. -
UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
SHAH ALAM 31 Okt. - Kedah
menebus kekecewaan musim lalu apabila menundukkan Selangor menerusi penentuan
sepakan penalti 6-5 dalam aksi final Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium
Shah Alam, sebentar tadi.
Terdahulu, Rizal Ghazali
membuka jaringan Kedah pada minit ke-52 selepas rembatan kencangnya menyinggah
badan pemain skuad Red Giants, S. Veenod sebelum bola melambung masuk ke gawal
gol.
Selangor hanya memerlukan lapan
minit selepas itu untuk mereka menceriakan kembali penyokong Selangor menerusi
rembatan rendah Hazwan Bakri selepas memanfaatkan hantaran pendek Patrick
Ronaldinho. –SUMBER- UTUSAN ONLINE 31.10.2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan