Isnin, 17 Oktober 2016

Kedah berpeluang balas dendam

16 Oktober 2016 12:14 AM

Melaka 15 Oktober 2016 - Penyerang Kedah, Thiago Agusto (dua dari kiri) menanduk bola sambil berebut dengan pertahanan PDRM, Souleymane Konate (kiri) pada Perlawanan Bola Sepak Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2016 pertembongan diantara PDRM bertemu Kedah di Stadium Hang Jebat Krubong, di sini hari ini. Gambar : MOHD AZIM ABD RAHMAN / PEMBERITA : SURAYA ZULKIFLI (STRINGER UTUSAN)

MELAKA 15 Okt. – Kedah berpeluang membalas dendam kepada Selangor apabila mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menang agregat 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam separuh akhir kedua di Stadium Hang Jebat, di sini malam ini.

Dengan Selangor turut mara selepas menyingkirkan Terengganu FC II di Kuala Terengganu, Kedah kini boleh mula me­nyimpan hasrat untuk menebus kekalahan 2-0 kepada The Red Giants dalam perlawanan akhir tahun lalu.

Menang 2-1 di Alor Setar dalam separuh akhir pertama sebelum ini, Kedah menguasai perlawanan di hadapan kira-kira 12,000 penonton namun gagal menghasilkan gol.

Gandingan penyerang Tiago Augusto dan Liridon Krasniqi bersama ketua pasukan Lang Merah, Baddrol Bakhtiar me­nyaksikan beberapa percubaan menarik pada minit kedua, 15, 17 dan 23 namun tidak berjaya menemui sentuhan penyudah.

Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-31 menerusi apabila berlaku keadaan kelam kabut di depan gawang setelah percubaan Thiago terkena palang gol sebelum tendangan Smeltz Shane Edward gagal menepati sasaran.

Bagaimanapun, PDRM yang sesekali menyerang mempunyai peluang menerusi Muhd. Fakhrul Aiman Sidid pada minit ke-18 dan Abd. Latiff Suhaimi pada minit ke-40 namun tidak berhasil.

Kedah terus berusaha mencari jaringan untuk meletakkan diri mereka dalam kedudukan selepas tetapi percubaan me­nembusi gawang The Cops dihampakan oleh Hamdan Sairi.

PDRM, yang memerlukan satu gol untuk menyamakan agregat dan mara ke perlawanan akhir menerusi jaringan di tempat lawan, mengasak sepanjang tempoh 10 minit terakhir untuk menghidupkan peluang namun asakan mereka menemui jalan buntu.

Sumber-UTUSAN MALAYSIA ONLINE 16 Oktober 2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan