Selasa, 18 Oktober 2016

Ganjaran menanti Lang Merah

 
Aminuddin Omar (kiri) bersama Setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Rosman Mohd Ibrahim menjelang final 30 Oktober. FOTO NSTP
Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my
  
Alor Setar: Pasukan bola sepak Kedah bakal menerima ganjaran wang tunai jika berjaya membawa pulang Piala Malaysia pada perlawaan akhir 30 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Aminuddin Omar berkata, kerajaan negeri bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagaimanapun belum menetapkan jumlah ganjaran itu yang dijangka akan ditentukan selepas perlawanan akhir itu.


"Mesti ada ganjaran dari kerajaan negeri dan KFA cuma kita belum putuskan jumlah ganjaran itu.

"Setakat ini kita akan beri imbuhan berbentuk wang tunai sementara dalam bentuk lain belum ada dalam perancangan daripada kerajaan negeri serta KFA," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kad Debit -I Visa Bank Islam FA "Lang Merah" di Hotel Grand Alora, Mergong, di sini, tadi.

Aminuddin yang juga Setiausaha Kehormat KFA berkata, pihaknya sangat berharap pasukan Kedah akan merangkul Piala Malaysia pada musim ini selepas gagal meraih piala itu musim lalu berikutan kekalahan dengan Selangor.

Justeru beliau mengingatkan pemain berusaha keras untuk perlawanan kali ini selain tidak terlalu yakin sehingga lalai mengikut strategi yang diatur Ketua Jurulatih Tan Cheng Ho.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2016 @ 6:05 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan